Yakin Boleh! Pasti Boleh…

Assalamualaikum w.b.t

Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam dan semoga amalan kita juga bertambah dengan bertambahnya usia kita tahun 2018 ini.

 

Alhamdulillah, diam tak diam dah masuk bulan ke-3 saya berbiznes dengan Shaklee. Macam tak percaya jer, akhirnya saya bergelar SID Shaklee. Moga Allah permudahkan segala urusan saya dan sahabat-sahabat yang berbiznes dalam bidang yang sama seperti saya.

Tiga bulan ini, macam tak percaya dah banyak perkara yang saya laksanakan dengan sokongan dan galakan mentor. Macam tak percaya juga saya boleh lakukannya, Alhamdulillah. Secara tak langsung tugas-tugas ini telah membuatkan saya lebih yakin dengan diri sendiri, tawakal, berusaha mencari ilmu untuk memajukan diri, berdirikari dan terpaksa berfikiran kreatif walaupun sebenarnya saya tak sekreatif mana pun.

Bab paling menggerunkan saya ialah apabila disuruh memberikan talk secara live. Namun, kerana ilmu saya memberanikan diri. Sampai bila kan nak jadi penakut. Hidup semakin berumur, jika tidak hari ini entahkan sempat entahkan tidak saya dapat bersiaran secara live.

Bila difikirkan balik lucu pula, yelah dah tua-tua ni pun masih tak berani untuk ke hadapan. Shaklee mengajar saya untuk lebih berani dan berkretrampilan. Barulah sedar rupanya ada kelemahan yang perlu saya perbetulkan.

Sesat jalan jangan ceritalah dah berkali-kali sejak saya berkecimpung dengan biznes Shaklee ni. Namun penghantaran tetap dipastikan sampai ke destinasi yang dituju.Namun semua ini pengalaman yang mematangkan fikiran kita. Tak perlu takut pada cabaran.

Bercakap tentang kebaikan vitamin semulajadi Shaklee kepada keluarga dan sahabat handai pun bukanlah sesuatu yang mudah. Terpulang bagi yang mahu percaya atau tidak, namun kesannya telahpun ada pada diri saya. Moga Allah terus memberikan nikmat kesihatan kepada keluarga kami dan orang-orang di luar sana dengan asbab Shaklee.

Saya, bukan semata-mata berniaga untuk mendapatkan keuntungan, malah lebih kepada untuk berkongsi dengan anda kenapa perlunya vitamin untuk diri kita.

Nasihat saya, cuba check kembali keperluan diri kita mencukupi atau tidak. Adakah dengan hanya bersenam, makan makanan yang seimbang sudah mencukupi atau kita perlukan juga vitamin untuk menampal kreperluan-keperluan lain yang masih rompong. Tepuk dada, Tanya selera. Semoga hidup kita lebih sihat dan lebih cergas.

http://www.wasap.my/60102321261

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge