to travel is to take a journey into yourself

To Travel is to Take a Journey Into Yourself

A Journey Into Yourself

“To travel is to take a journey into yourself”…. Dulu, masa saya belajar di ITM Jengka, Pahang (sekarang UiTM) terasa jauhnya perjalanan nak sampai ke ITM tu. KIri kanan perjalanan dipenuhi pokok kelapa sawit je.Bila nak balik kampung lagi la….terasa macam bila la nak sampai ke kampung ni. Tak sampai-sampai…Bila dah sampai sekejap je masa berlalu ,tetiba nak kena balik ke kampus semula. Masa tu bila terasa susah belajar, saya akan ambil alternatif untuk pulang ke kampung. Damainya di hati….

Sukarnya travel masa tu hanya Allah yang tahu. Kami bukanlah orang senang, abah hanya seorang guru agama. Kat rumah masa tu telefon pun takde. Punyalah payah nak inform abah, yang saya dah sampai ke stesen bas. Terpaksa la berdikari, nak atau tidak terpaksa redah jer janji sampai rumah. Keesokannya dah kena balik semula ke ITM. Hmm….. Saya, simpan duit semata-mata nak balik kampung. Yelah, bukan satu bas je kena naik. Lebih kurang 3 pengangkutan baru sampai ke kampung. Bas – Bas/Teksi – Kereta sapu (dulu kereta yang keluar masuk dari kampung ni dipanggil kereta sapu).

Sebenarnya ada rasa takut dihati bila travel sendirian. Tawakkal dan sentiasa berdoa agar selamat dalam perjalanan pulang. Kena bersangka baik bila bertemu dengan setiap orang di jalanan.Macam-macam jenis orang yang kita jumpa sepanjang perjalanan. Ada yang membuatkan saya rasa insaf, syukur Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah. Diberi kesempatan menikmati segala nikmat pemberianNya.

Sukarnya perjalanan hidup kita ni perlu ditempuhi. Janji ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau hanya mengharap sahaja tapi tak buat apa-apa pun tak jadi juga. Bila kita rasa sukarnya hidup, sebenarnya ada yang lebih sukar hidupnya dari kita. Syukur kepada Allah s.w.t yang sentiasa tidak putus-putus dengan pemberianNya.Hanya kita sebagai hamba, apa yang kita lakukan untuk menzahirkan tanda syukur itu? Fikir-fikirkanlah…..

http://www.wasap.my/60102321261

http://www.wasap.my/60102321261

http://www.wasap.my/60102321261

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge