Tips percutian ketika musim hujan10

Tips Percutian Ketika Musim Hujan

Tips Percutian Ketika Musim Hujan

Tips Percutian Ketika Musim Hujan Mulai Tiba

Cuti sekolah kembali lagi, tentu anda sudah berkira-kira hendak membawa anak-anak bercuti kan? Cuti persekolahanlah saat yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Pelbagai aktiviti dirancang bagi memastikan anak-anak tidak kebosanan berada di rumah.

Membatalkan atau menunda percutian yang telah lama dirancang sudah pasti bakal mengundang kekecewaan di hati anak-anak yang sudah lama menunggu untuk berkunjung ke destinasi percutian. Bukan sahaja anak-anak yang akan kecewa, sudah tentu impaknya turut dirasai oleh ibu dan ayah.

Menyaksikan titisan air hujan dari tingkap kereta, dalam penerbangan,bas, hotel atau di mana saja destinasi percutian yang telah dirancang sudah pasti menjadi satu pengalaman yang menarik ketika hari hujan. Lantaran itu, bagi tidak mengecewakan si kecil yang sudah lama menanti saat percutian ini, rancanglah dengan teliti, pilih destinasi percutian yang sesuai dengan keadaan cuaca agar percutian di musim hujan ini menjadi suatu percutian yang menyeronokkan dan menggembirakan si kecil anda.

Secara tidak langsung, anda berpeluang merasai pengalaman baru ketika melihat aktiviti masyarakat tempatan di lokasi percutian saat musim hujan ini.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh anda ambil kira untuk membantu anda merancang destinasi percutian di  musim hujan ini.

 

1.Perancangan awal

Dengan merancang destinasi percutian dengan lebih awal, anda akan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku terutamanya ketika musim hujan.

Tips percutian ketika musim hujan6

 

2.Alternatif sampingan

Anda juga boleh bersedia dengan beberapa alternatif lain saat hujan lebat dengan menyediakan permainan di bilik penginapan supaya anak-anak tidak merasa bosan sementara menunggu hujan reda.

Tips percutian ketika musim hujan3

 

3.Tenang dan santai

Walaupun musim hujan, jangan rasa tertekan atau kecewa dengan keadaan.Percutian adalah saat yang menyenangkan. Nikmatilah saat-saat indah percutian bersama anak-anak yang sememangnya menjanjikan kenangan terindah buat anda sekeluarga.

Tips percutian ketika musim hujan8

 

4.Pakej pelancongan bersesuaian

Memilih pakej pelancongan yang bersesuaian yang ditawarkan oleh agensi pelancongan sebagai alternatif menarik di musim hujan kerana dengan mengikuti rombongan pelancong, anda akan menaiki bas persiaran yang disediakan.Ini akan mengelakkan anda daripada bertukar-tukar kenderaan dan berisiko terkena hujan ketika mengunjungi tempat menarik.

Tips percutian ketika musim hujan7

 

5.Persediaan selengkapnya

Bersedialah dengan pelbagai alatan seperti payung,jaket,kasut kalis air bagi kesemua anggota keluarga anda terutama si kecil anda.Sekiranya anda tidak mahu membawa payung, pastikan jaket yang dipakai bersesuaian dengan musim hujan.

Tips percutian ketika musim hujan4

 

6.Ubat-ubatan

Bersedialah dengan ubat-ubatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku sepanjang percutian anda di musim hujan ini. Anda mungkin akan memerlukannya lebih-lebih lagi si kecil anda.

Tips percutian ketika musim hujan2

 

7.Kasut atau selipar

Pastikan kasut atau selipar yang anda pakai tidak licin.Ada beberapa jenis kasut dan selipar walaupun mempunyai bentuk yang bagus dan popular tidak begitu sesuai digunakan ketika musim hujan ini.Pilih dan bawalah kasut yang sesuai untuk seisi keluarga anda.

Tips percutian ketika musim hujan5

 

8.Kemudahan awam

Pilihlah tempat-tempat yang menarik yang mudah kemudahan awamnya.Dengan itu,anda sekeluarga tidak akan terlalu lama berjalan dan mengambil risiko kehujanan di jalana.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge