Tips Memilih Minyak Ikan Omega 3 Yang Berkualiti Di Pasaran3

Tips Memilih Minyak Ikan Omega 3 Yang Berkualiti Di Pasaran

Tips Memilih Minyak Ikan Omega 3 Yang Berkualiti Di Pasaran

Tips Memilih Minyak Ikan Omega 3

Tahukah anda di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenis minyak ikan omega 3. Tahukah anda bagaimana caranya mahu memilih minyak ikan yang terbaik diantara yang terbaik itu?

Ada beberapa tips yang nak saya kongsikan hari ini untuk memudahkan anda dalam memilih yang mana satukah minyak ikan omega 3 yang bermutu dan berkualiti tinggi.

Ada beberapa perkara yang anda perlu titik beratkan sebelum membuat keputusan dengan bijak antaranya ialah:

 

1)Siapa Pengeluar?

Di luar sana terdapat pelbagai jenis ikan di lautan, jadi pastikan anda memilih pengeluar yang boleh dipercayai dengan study dan pelbagai ujikaji yang telah dijalankan dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi.

 

2)Purity dan Safety

Pastikan juga pengeluar tersebut menghasilkan minyak ikan melalui Molecular Distillation.

Apa itu Molecular Distillation?

  • Ianya merupakan proses meletakkan minyak ikan dalam vacuum agar membolehkan ianya mendidih pada suhu terkawal agar kualitinya sentiasa terpelihara.
  • Proses ni membolehkan EPA dan DHA berpisah dengan heavy metal tadi dan membolehkan toksin dibuang.
  • Proses ni juga dapat mengurangkan bau dan rasa ikan tersebut. Jadinya, takdelah tekak ni loya sangat nak telan minyak ikan tu, betul tak?

 

3)Ikan Kecil atau Ikan Besar?

Tahukah anda bahawa ikan kecil mengandungi jumlah toksin yang kurang berbanding ikan besar yang lebih banyak kandungan toksinnya.

Makanya kalau nak pilih minyak ikan omega 3 tu, check dulu minyak ikannya daripada jenis ikan apa.

Kenapa?

Sebab minyak ikan yang diperolehi daripada ikan kecil mempunyai bioaccumulation toksin yang lebih rendah.

 

4)Kemapanan atau Sustainability

Untuk mendapatkan bekalan minyak ikan yang berpanjangan, anda kenalah memilih pengeluar yang prihatin terhadap populasi ikan dan mempunyai limitasi dalam pengangkapan ikan.

Ini membuktikan bahawa pengeluar tersebut bukan sekadar mahu mengaut keuntungan semata-mata tapi turut prihatin kepada bekalan yang berpanjangan.

Kalau pengeluar tu dapat sijil daripada Friend Of The Sea lagi baik.

Friend Of The Sea ni merupakan satu badan NGO yang mengawal selia habitat marine.

 

5)Lemak Ikan atau Minyak Ikan?

Penting tau tips yang ke lima ni dalam usaha kita nak memilih minyak ikan omega 3 yang berkualiti tinggi di pasaran sekarang ini.

Sebelum anda membuat pembelian, pastikan anda pastikan terlebih dahulu kandungan EPA dan DHA nya.

Ada diantara pengeluar yang hanya menghasilkan 30% Omega 3, selebihnya adalah lemak ikan.

Ada juga pengeluar yang menghasilkan 60% Omega 3.

Pilihlah brand yang mempunyai 85%+ minyak ikan berbanding lemak ikan. Pada kebiasaannya brand-brand sebegini adalah bergred Pharmaceutical Grade Fish Oil.

 

6)Kapsul Minyak Ikan – Halalkah?

Kebiasaannya apabila kita menyebut suplemen minyak ikan Omega 3 pasti kita membayangkan ianya adalah dalam bentuk kapsul.

Kapsul ni ada yang diperbuat daripada Bovine (sapi) dan ada juga daripada Porcine (Bab*),

Kapsul daripada porcine tu dah tentu-tentulah haramnya.
Kapsul daripada Bovine tu pula kena la pastikan ianya halal.

Bagaimana?

Sebelum anda membuat belian, pastikan anda semak terlebih dahulu suplemen tu halal atau tidak melalui logo atau Sijil Halal yang dikeluarkan daripada negara pengeluar.

Semoga dengan perkongsian tips ini akan dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak.

Alah membeli, menang memakai

Dah alang-alang membeli pastikan yang terbaik untuk badan anda, bukan terbaik untuk poket anda.

Keistimewaan Minyak Ikan Omega 3 Shaklee

Keistimewaan Minyak Ikan Omega 3 Shaklee

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge