Tips Berkesan Untuk Hilangkan Kulit Muka Berminyak

Tips Berkesan Untuk Hilangkan Kulit Muka Berminyak

Kulit Muka Berminyak?

Kulit Muka Terasa Berminyak dan Tidak Selesa?

 

“isk, apahal muka aku rasa berminyak ni? Nampak pun macam berminyak-minyak sangat ni? kat dahi, hidung berkilat-kilat dengan minyak. Malunya, macam mana nak ke majlis ni…”

 

Sebenarnya kan, anda tahu tak yang kulit muka kita ni akan mengeluarkan minyak untuk melindungi kulit muka kita yang kering. Namun, jika terlalu banyak minyak akan menimbulkan masalah lain pula pada kulit wajah kita seperti

  • Muka nampak berminyak
  • Jerawat mula muncul
  • Masalah kulit muka
  • Hilang keyakinan diri

Perkataan cantik sangat sinonim dengan wanita kan. Sebab tu bila ada masalah muka berminyak ni, rasa hilang keyakinan diri. Malu nak keluar rumah, malu nak pergi ke majlis-majlis rasmi dan malu bila bertemu dengan ramai orang di luar sana. Sebab itulah penjagaan kulit wajah bagi wanita sangat penting.

Jangan risau, hari ini saya akan kongsikan beberapa tips yang mungkin anda boleh amalkan untuk kesihatan kulit wajah anda.

 

1.Ambillah makanan yang tinggi kandungan fiber didalamnya

Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.Tahukah anda bahawa pengambilan buah-buahan sitrus dapat membantu anda untuk mengurangkan penghasilan minyak yang berlebihan.

Buah-buahan sitrus kaya dengan anti oksidan malah dapat membantu anda kekal muda dan sihat. Vitamin yang terdapat di dalam buah-buahan sitrus juga merupakan bahan anti oksidan yang berfungsi melawan radikal bebas. Ia mampu menguatkan sistem imun badan dalam melawan penyakit dan dapat mengurangkan risiko kanser.

Antara buah-buahan sitrus yang boleh anda perolehi di pasaran ialah:

  • Oren
  • Lemon
  • Limau Nipis
  • Limau Mandarin
  • Tangerin
  • Limau gedang

Anda juga disarankan agar makan lebih banyak sayur-sayuran. Adalah lebih baik sekiranya anda memasaknya secara rebusan ataupun dikukus sahaja.

Kurangkan penggunaan minyak dalam masakan anda.

2.Elakkan pengamnbilan makanan yang menghasilkan banyak minyak

Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula, garam dan produk tenusu kerana ia merupakan antara yang menyumbang ke arah penghasilan kulit muka berminyak.

3.Elakkan pengambilan moisturizer yang mengandungi petroleum

Elakkan penggunaan moisturizer yang mengandungi petroleum kerana ia akan lebih menggalakkan pengeluaran minyak di muka anda. Gunalah moisturizer yang bersifat semulajadi

 

4.Amalkan pakai ‘Clay mask’.

Gunakan ‘Clay mask’ sebulan sekali bagi membantu mengeringkan kulit muka secara tidak langsung dapat mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan di bahagian kulit muka anda.

5.Cucilah dengan air suhu bilik

Gunakan air pada suhu bilik untuk mencuci muka anda bagi membantu menghilangkan kulit berminyak. Elakkan penggunaan air panas kerana ia akan memburukkan lagi keadaan selain akan menyebabkan kerosakan pada kulit muka anda.

 

6.Pastikan anda cuci muka dua kali sehari

Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu ketika:

  • Sebaik sahaja bangun dari tidur
  • Sebelum tidur

Ini akan membantu anda untuk menstabilkan pengeluaran minyak semulajadi pada kulit muka anda

7.Elakkan mencuci muka anda dengan bahan yang kasar

Jika sebelum ini anda mencuci kulit muka anda menggunakan kain, tuala atau span yang keras, hentikan perbuatan anda sekarang juga kerana ia hanya akan merosakkan kulit muka anda yang lembut itu.

Perbuatan anda hanya akan mengakibatkan kulit bertindak menghasilkan minyak dengan banyak bagi menggantikan minyak semulajadi pada kulit muka anda yang hilang akibat penggunaan bahan-bahan yang kasar itu tadi.

8.Gunakan pencuci muka yang lembut secara semulajadi

Gunalah pencuci muka yang lembut dan semulajadi tanpa paraben dan bahan-bahan kimia yang hanya akan merosakkan kulit muka anda.

Pilihlah pencuci muka yang menggunakan bahan semulajadi dan telah diuji keberkesanannya.

 

9.Perbanyakkan minum air masak

Minum air masak dengan banyak agar ia dapat membantu anda mengeluarkan segala toksin dari badan anda yang menjadi punca pengeluaran minyak berlebihan dan mengakibatkan pertumbuhan jerawat.

10.Elakkan tekanan / stress

Stress / tekanan akan menghasilkan pengeluaran toksin dan minyak yang berlebihan pada kulit muka anda. Hadapi kehidupan seharian anda dengan tenang.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge