Tips banyakkan susu badan.Biar bertambah pekat!15

Tips Banyakkan Susu Ibu.Biar Bertambah Pekat!

Tips Banyakkan Susu Ibu.Biar Bertambah Pekat!

Pelan Kesihatan Secara Semula Jadi

Sebelum saya kongsikan tips banyakkan susu ibu.Biar bertambah pekat! Kita ikuti dahulu pelan kesihatan semulajadi agar dapat dijadikan panduan.Susu ibu merupakan hadiah terbaik buat yang tersayang. Harganya tak terbanding dengan jenama-jenama instant milk di luar sana.Berbekalkan modal ilmu dan kasih sayang, susu ibulah hadiah terbaik buat si manja anda. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi, bukan sahaja untuk fizikalnya malah yang lebih utama adalah untuk emosi dan rohaninya.

Sepanjang bayi berada di dalam kandungan si ibu, bayi didodoikan dengan degupan jantung si ibu yang berirama, menerima makanan tanpa henti daripada tali pusat malah “dipeluk” dengan penuh kasih sayang di dalam rahim si ibu.Penyusuan susu ibu memastikan anak tidak berasa keseorangan setelah dilahirkan ke alam nyata. Kasih sayang di alam rahim berterusan dapat dirasakan oleh bayi hingga ke alam nyata ini.Betapa bernilainya kasih sayang si ibu.

Buat bakal ibu di luar sana yang sedang hamil, nikmatilah kurniaan istimewa yang Allah berikan kepada kaum hawa sepanjang kehamilan ini.Nikmatilah setiap detik hari-hari yang dilalui dengan sabar dan doa. Penyusuan susu ibu bakal melengkapkan lagi fasa kehidupan seseorang yang bergelar wanita.

Bayi yang dilahirkan secara semulajadinya pandai menyusu.Semada di dalam kandungan lagi bayi sudah mempunyai kebolehan membuka mulut dan menghisap jari.Sejurus selepas dilahirkan,bayi yang matang dan tidak berada di bawah pengaruh ubat-ubatan semasa proses kelahiran,mampu terus menyusu tanpa masalah.Bayi tahu makanan terbaik untuk dirinya sedang menanti.

 

Pemberian Susu Ibu VS Penyusuan Susu Ibu

Penyususan susu ibu adalah simbol pemberian kasih sayang dan jaminan keselamatan. Disamping keghairahan ibu memerah susu bagi mencukupkan stok susu,penyusuan terus pada payudara tidak wajar diabaikan.Hubungan penyusuan pada payudara memberikan kesan yang mendalam kepada anak.

Cara ibu memegang,memangku,dan membelai anak pada payudara membuatkan anak berasa selamat dan disayangi. Interaksi ibu dan anak ini penting bagi menjamin tumbesaran emosi dan psikologi yang seimbang kepada kedua-dua ibu dan anak.

 

Saiz Perut Bayi

Kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi baru lahir adalah sangat sedikit.Ini bersesuaian dengan saiz perutnya pada waktu itu.Kajian menunjukkan:

Tempoh Saiz Perut Bayi Keterangan
Hari pertama hingga hari ke-2 Saiz – Buah Ceri Saiz perut bayi adalah sebesar kacang hazel,buah ceri,ataupun guli (5-7ml)
Hari ke-3 hingga hari ke-4 Saiz – Kacang Walnut Saiz perut bayi adalah sebesar genggaman tangan bayi,ataupun walnut(22-27ml,lebih kurang 1 auns)
Hari ke-5 hingga hari ke-6 Saiz – Buah Aprikot Perut bayi dapat menampung susu sebanyak 1.5-2 auns,iaitu sebesar buah aprikot.
Hari ke-7,minggu ke-2,minggu ke-3 Saiz – Sebiji Telur

Tahukah anda bahawa,ketika bayi berada di dalam rahim,air ketuban ibu adalah antara sumber zat dan pemakanan bayi.Ada masanya bayi akan menelan air ketuban ibunya.Jumlah yang ditelan hanya setguk kerana itulah kuantiti yang mampu ditampung oleh perut bayi.

Tanda-tanda Awal Bayi Memerlukan Susu

Proses penyusuan susu ibu bergantung kepada bayi.Ibu perlu melihat kepada bayi bukan hanya melihat kepada jam.Perhatikan tanda-tanda awal bayi mula bersedia untuk disusukan.Antaranya:

  • Badan bayi bergerak-gerak
  • Bayi menggerakkan tangan ke mulut dan kadangkala mula menghisap jari
  • Mulut bayi terbuka dan seolah-olah sedang menghisap sesuatu
  • Mulut bayi tercari-cari puting apabila disentuh

Apabila tanda-tanda ini tidak diendahkan oleh ibu,bayi mula berasa gelisah dan mengeluarkan bunyi ataupun menangis sekejap-sekejap.Lama-kelamaan bayi mula menangis dengan kuat.

Sukar menyusukan bayi sekiranya bayi dibiarkan menangis.Ibu perlu memujuk dan menenangkan bayi sebelum meletakkannya semula ke payudara bagi meneruskan penyusuan.

 

Tanda-tanda Bayi Mendapat Susu Secukupnya

Antara tanda-tanda yang dapat si ibu lihat ialah:

  • Bayi kelihatan kenyang dan tenang selepas menyusu.Biasanya bayi tertidur dan melepaskan sendiri payudara si ibu
  • Kulit bayi tegang dan lembab
  • berat bayi bertambah mengikut umur
  • kekerapan kencing dan pembuangan air besar bayi mencukupi
  • Ambil 2 hingga 4 sudu besar air,dan curahkan ke atas lampin bayi,ini adalah tahgap kebasahan yang sepatutnya dialami oleh bayi sekiranya bayi mendapat susu secukupnya
  • najis bayi adalah sebesar syiling 50 sen atau lebih menandakan si bayi sudah kenyang

Tanda-tanda Untuk Ibu Mengetahui Bayi Mendapat Susu Yang Mencukupi

Antara tanda-tanda si ibu boleh rasai adalah:

  • Payudara ibu yang penuh,menjadi lembik apabila bayi selesai menyusu.
  • Ibu berasa haus dan berpeluh selepas sesi penyusuan
  • Susu turut keluar daripada payudara sebelah lagi
Bagaimana Susu Dihasilkan?

Bagaimana?

Benarkah selepas bersalin,susu tiada?

Ramai ibu dan tidak kurang juga pengamal perubatan yang tidak berpengalaman beranggapan bahawa susu memang tiada sejurus selepas si ibu melahirkan bayinya. Ini menyebabkan keyakinan ibu bagi menyusukan anak jatuh merudum dengan mendadak.

Proses penghasilan susu disebut laktogenesis.Proses itu terbahagi kepada 3 fasa.

Fasa 1 Laktogenesis

  • Penghasilan susu awal yang disebut kolustrum dihasilkan pada pertengahan pertama kehamilan
  • Apabila kandungan berusia 4 bulan,penghasilan susu terus berlaku walaupun kandungan tidak membesar.
  • Sesetengah  ibu mendapati sus melelh keluar semasa hamil dan cuba memerahnya.Ibu digalakkan supaya mendapatkan khidmat nasihat doktor ataupun pakar laktasi sebelum melakukannya.
  • Fasa satu laktogenesis biasanya berakhir pada hari kedua ataupun hari ketiga selepas melahirkan anak.
  • Fasa satu laktogenesis ini dikawal sepenuhnya oleh hormon dan dikenali sebagai fasa kawalan endokrin.
  • Pendapat yang mengatakan tiada susu selepas melahirkan adalah mitos yang tidak tepat.Kolustrum dihasilkan semasa hamil dan selepas bersalin, dan jumlahnya adalah kecil bersesuaian dengan saiz perut bayi yang baru lahir.

Tahukah anda bahawa jumlah kolustrum yang dihasilkan oleh wanita adalah sama, sama ada mereka menyusukan anak selepas bersalin ataupun tidak,kerana is dikawal oleh hormon yang ada pada setiap wanita hamil.

Fasa 2 Laktogenesis

Fasa II Laktogenesis

  • Bermula seawal 72 jam selepas kelahiran
  • Selepas melahirkan anak dan plasenta (Uri) dikeluarkan,paras progesteron turun dengan mendadak
  • Prolaktin dalam aliran darah ibu berfungsi secara maksimum bagi menghasilkan susu yang banyak
  • Kebanyakan ibu berasa payudara mereka penuh dan lebih berat
  • Fasa ini dikenali sebagai fasa kawalan autokrin,iaitu penghasilan susu seterusnya bergantung pada berapa kerap dan berapa efektif susu dikeluarkan dari payudara

Kelewatan Fasa 2 Laktogenesis

Beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya kelewatan antaranya ialah:

  • Kelahiran anak pertama
  • Bersalin secara pembedadahan
  • Kelewatan penyususan pada kali pertama
  • Ibu berpenyakit kencing manis dan darah tinggi
  • Menerima ubat-ubatan ataupun bius semasa proses bersalin
  • Kegemukan ibu
  • Uri tertinggal di dalam rahim
  • Beberapa masalah rahim seperti polycyctic ovarian syndrome (PCOS).

Beberapa pakar laktasi mendapati fenomena kelewatan Fasa 2 Laktogenesis lebih kerap dialami oleh wanita di negara Barat.

Tahukah anda bahawa kolustrum yang dihasilkan semasa Fasa 2 Laktogenesis adalah tinggi lemak dan laktos.

98% daripada golongan ibu pasti sampai ke Fasa 2 Laktogenesis bezanya cepat atau lambat sahaja.Hanya segelintir wanita tidak mencapai tahap ini dan mereka perlu mendapatkan rawatan doktor.

 

Tips Bagi Menggalakkan Fasa 2 Laktogenesis

  • Optimumkan kesihatan ibu semasa hamil
  • Perbaiki pengalaman semasa proses bersalin,iaitu dengan memberi sokongan berterusan semasa proses bersalin
  • sentuhan dari kulit ke kulit antara bayi dan ibu terutamanya pada dua jam pertama
  • Penyususan bermula sejurus selepas melahirkan anak.Ibu dan anak diletakkan bersama dan dapat menyusu secara kerap tanpa halangan
  • Memerah kolustrum menggunakan tangan sekiranya perlu untuk tiga hari pertama, Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan memerah kolustrum dengan tangan dapat mempercepatkan proses penghasilan susu seterusnya.
  • Dapatkan bantuan daripada kaunselor ataupun pakar laktasi sekiranya perlu.
7 Tips Banyakkan Susu Ibu.Biar Bertambah Pekat!

7 Tips Banyakkan Susu Ibu.Biar Bertambah Pekat!

Proses penyusuan merupakan satu proses yang amat bermakna buat si ibu. Penyususan dan hasil susu yang berkualiti dapat memberikan makanan yang terbaik buat si bayi. Namun ada ketikanya si ibu akan mengalami masalah kekurangan susu yang berpunca dari sebab-sebab yang kadangkala tidak disedari oleh si ibu.

Hal seperti ini adalah satu kebiasaan terutamanya bagi ibu-ibu yang berkerjaya.Maka marilah kita cuba kenalpasti puncanya dan cuba untuk mengatasinya bagi menghasilkan susu yang terbaik buat si bayi.

Berikut saya kongsikan 7 tips banyakkan susu ibu.Biar bertambah pekat!

 

1.Bertenang dan Hindari Perasaan Panik

Tenangkan diri anda.Tekanan merupakan salah satu penyebab kurangnya pengeluaran susu ibu. Ramai yang tidak menyedari perkara ini terutamanya ibu muda, anda perlu tahu bahawa semasa anda bertenang, tindakbalas hormon akan meneutralkan dan membantu anda dalam pengeluaran susu ibu yang lebih berkualiti.

Amalkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan ketenangan kepada anda seperti mendengan bacaan ayat-ayat Al-quran dan zikir.Boleh juga anda membayangkan memori-memori manis anda bersama suami dan keluarga tercinta.Bayangkan percutian idaman anda ke tempat-tempat tercantik di dunia.

Paling mudah, ketika anda menyusukan bayi anda, lihatlah wajahnya yang comel dan munggil.Bayangkanlah keletahnya nanti, gelak ketawanya pasti membantu merangsang pengeluaran susu yang banyak.Anda pasti teruja melihat susu yang mengalir laju ketika memerah susu anda.

 

2.Sentiasa Berfikiran Positif

Adakalanya ibu-ibu sangat risau lebih-lebih lagi bila melihatkan bayi umpama tidak puas menyusu dan menyangkakan susu semakin berkurangan.Ibu mula panik terutama bagi mereka yang bekerja kerana mengingatkan anak yang kelaparan mahukan susu ibu.Kawal ‘mindset’ kita agar kita tidak tertipu. Otak merupakan organ utama yang mempengaruhi tindakan manusia.Setiap fikiran atau idea yang dijana oleh otak akan dihantar ke seluruh anggota badan untuk bertindak.

Sentiasa berfikiran posistif.Walaupun berasa penat, sakit belakang dan seluruh badan terasa keletihan amalkan zikrullah yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w kepada anak perempuan baginda ketika mengadu keletihan dan kepenatan dalam melakukan kerja-kerja rumah.

Amalkan membaca “Subhannallah, Alhamdulillah, Allahuakbar” bagi mengurangkan rasa kepenatan dan keletihan tersebut. Berfikiran positif buangkan perasaan negatif yang banyak mengundang keburukan dari kebaikan.

 

3.Pelajari ilmu “Supply and Demand”

Tahukah anda bahawa semakin banyak susu dikeluarkan,maka semakin banyaklah susu akan dihasilkan.Inilah konsep “Supply and Demand”. Ibu-ibu jangan risau tentang kekurangan susu kerana semakin kerap anda menyusukan bayi anda,semakin banyaklah susu yang akan anda hasilkan.

Bayi seharusnya disususkan mengikut kehendak mereka.Ibu perlu sentiasa memerhatikan keperluan bayi di setiap waktu.Tiada waktu yang tetap atau jumlah susu yang specific bagi seseorang bayi.Perut bayi sangat kecil ketika lahir dan susu yang diperlukan juga adalah berpadanan dengan saiz perut mereka.Ibu-ibu susukanlah bayi anda sekerap mungkin.

Susu yang dihasilkan oleh payudara anda amatlah mencukupi bagi bayi anda mengikut umurnya.Ibu-ibu tidak perlu risau dan bimbang sekiranya bayi sering menangis dan merengek walaupun sudah beberapa kali diberikan susu.Naluri bayi kebiasaannya ingin dekat dengan ibu mereka. Bayi ingin didakap dan dibelai oleh ibu mereka lantaran sentuhan kulit ke kulit (skin contact) dapat memberikan ketenangan kepada si bayi. Bayi mudah terlena di dalam dakapan ibu.

Penyususan susu ibu juga dapat mengeratkan hubungan diantara ibu dan bayi itu sendiri.Bermula dari dalam rahim bayi dibawa oleh ibu selama 9 bulan dan setelah dilahirkan bayi masih inginkan suasana selesa seperti di dalam kandungan si ibu. Dakaplah bayi anda dan berikanlah susu ibu pada bila-bila masa yang diperlukan.Jangan risaukan tentang ketidakcukupan susu.Ingat kembali konsep “Supply and Demand”.

Susu ibu bukan sahaja membekalkan khasiat yang banyak kepada si bayi malah dapat mengeratkan hubungan diantara ibu dan anak.Bayi juga akan lebih gembira dan kurang meragam.

 

4.Perah Susu Badan

Bagi ibu-ibu yang bekerja, memerah susu badan perlulah ada di dalam jadual harian anda. Memerah susu ibu bukan sahaja akan memperbanyakkan susu ibu malah ianya adalah satu persediaan bagi memastikan bekalan susu ibu adalah mencukupi sepanjang waktu ibu bekerja kelak.

Latihlah diri anda memerah susu ibu untuk dibuat stok bermula dalam waktu pantang lagi.Susu yang siap diperah ditandakan dengan tarikh perahan dan hendaklah disimpan di bahagian sejuk beku untuk dijadikan stok.Belajar bagaimana cara penyimpanan yang betul bagi memastikan stok susu tidak rosak dan berkualiti.

 

5.Kosongkan Payudara

Payudara si ibu hendaklah dikosongkan dan jangan dibiarkan sehingga membengkak disebabkan susu.Payudara yang membengkak dikhuatiri akan menyebabkan demam secara tiba-tiba. Payudara yang dapat dikosongkan akan menghasilkan lebih banyak lagi susu.

 

6.Banyakkan Minum Air Masak

Amalkan minum air masak secukupnya bagi menampung keperluan air di dalam badan.Minumlah sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari atau 3 liter sehari.Air merupakan agen terpenting dalam penghasilan susu badan.Kekurangan air akan menyebabkan kulit ibu menjadi kering.Air juga amat penting bagi si ibu yang menyusukan bagi dalam proses memperbaiki sistem tubuh badan selepas proses kelahiran anak.

Air juga amat penting dalam sistem perkumuhan badan.Kekurangan air menyebabkan sukar untuk badan mengeluarkan sisa toksik yang terkumpul di dalam badan melalui proses perkumuhan.Badan yang kekurangan air mudah untuk dijangkiti penyakit.Maka cukupkanlah pengambilan air setiap hari.

 

7.Amalkan Vitamin Perangsang Susu Badan Shaklee

Susu ibu yang pekat merupakan susu yang paling berkualiti dan dapat mengenyangkan bayi anda walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Dalam usaha menambah dan memekatkan susu, ibu-ibu perlu menitikberatkan tentang  makanan perangsang susu badan dalam menu seharian yang diambil oleh mereka.Makanan perangsang susu badan ini juga terkenal dengan nama ‘milkbooster’.Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh dijadikan ‘milkbooster’.

Selain itu ada beberapa vitamin semulajadi Shaklee yang boleh diambil untuk dijadikan ‘milkbooster’.

Kajian telah menunjukkan bahawa diet seorang ibu menentukan kualiti dan nutrien dalam susu ibu.Ibu-ibu perlu mengambil nutrien yang tepat untuk memberikan susu terbaik bagi pertumbuhan dan perkembangan optimum bagi bayi anda.

 

a. Kalsium

  • Menambah simpanan kalsium untuk mengelakkan tulang rapuh semasa penyususan.
  • Membina tulang dan gigi yang kuat bagi bayi.

Tips banyakkan susu ibu.Biar bertambah pekat!4

b. Vitamin C

  • Bertindak sebagai antioksida dan menyokong penghasilan sel imun.
  • Meningkatkan keupayaan sistem imun untuk melawan penyakit.

Tips banyakkan susu ibu.Biar bertambah pekat!5

c. Zat Besi

  • Menyokong penghasilan sel darah merah bagi ibu dan bayi.
  • Menyokong perkembangan optimum otak dan tingkah laku bayi.

Tips banyakkan susu badan.Biar bertambah pekat!11

d. Vitamin B

  • Menyokong kesihatan koordinasi diantara otak dan pergerakan bayi.

Tips banyakkan susu badan.Biar bertambah pekat!10

 

e. Protein

  • Membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Mengaktifkan sistem imun.

Tips banyakkan susu badan.Biar bertambah pekat!9

f. Alfalfa

  • Menyokong penghasilan susu ibu secara semulajadi.

Tips banyakkan susu ibu.Biar bertambah pekat!2

g. Omega-3

  • Menyokong perkembangan otak,mata dan sistem saraf.

Tips banyakkan susu ibu.Biar bertambah pekat!3

Testimoni

Testimoni

kami Menyokong PENYUSUAN Dengan Produk Kami

Farah Wahida binti Omar

SID Pro : Farah Wahida binti Omar (ID : 1209756)

Shaklee Products & Consultation

farahhelmee8@gmail.com

Disclaimer :

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge