Tanda-tanda Awal Slipped Disk?
Apa Itu Slipped Disk?
Sebelum kita tahu tanda-tanda awal slipped disk, kita perlu tahu terlebih dahulu tentang tulang belakang manusia.Tulang belakang manusia terdiri daripada 24 tulang individu yang dipanggil vertebrata yang mana ia disusun di atas satu sama lain. Diantara setiap tulang belakang pula terdapat perlindungan yang berupa lapisan bulat (tisu perantara yang dipanggil cakera). Cakera ini mempunyai gentian lembut yang berupa bahan seperti gel di dalamnya yang berfungsi untuk membantu menyerap hentakan diantara tulang vertebrata apabila badan kita bergerak.
Saraf tunjang pula berada di tengah-tengah melalui ruang vertebrata dan ianya amat sensitif kepada sentuhan. Ianya mengandungi sel-sel saraf yang menghubungkan otak ke semua bahagian anggota badan kita.
Bagaimana Slipped Disk Berlaku?
Slipped disk berlaku apabila dinding tisu di sekitar cakera telah mengalami kebocoran menyebabkan cecair seperti gel bahagian cakera membengkak dan meleleh keluar. Kemerosotan cakera kerap juga berlaku akibat peningkatan usia seseorang.
Tanda-tanda Awal Slipped Disc
- Rasa sakit di bahagian belakang, leher atau bahagian atas pinggang
- Adakalanya terasa kebas-kebas di bahagian-bahagian atas badan dan di bawah kawasan yang terjejas (di kawasan yang dikawal oleh saraf tertentu). Secara beransur-ansur boleh membawa kepada keadaan separa lumpuh
- Ada sesetengah kes,bahagian atas pinggang terasa lemah dan menyebabkan kesukaran untuk berdiri
- Pesakit slipped disk juga boleh mengalami rasa kurang selesa dan gatal-gatal pada bahagian kemaluan serta sukar menahan kencing
- Pesakit juga mungkin akan mengalami rasa sakit seperti menyucuk-nyucuk ketika bersin,batuk,berjalan dan sebagainya
- Pesakit sukar untuk menaiki dan menuruni anak tangga dan lebih selesa berjalan di jalan yang rata
- Pesakit juga sukar untuk duduk dalam keadaan biasa dan memerlukan bantal sebagai sokongan untuk duduk pada bahagian belakang
Apakah Gejala-gejala Yang Perlu Diberi Perhatian Dengan Segera?
- Terasa kebas pada mana-mana anggota badan di bahagian bawah atau kelemahan sensasi.
- Terasa seperti kehilangan kekuatan pada sebelah kaki atau kedua-dua belah kaki.
- Rasa sakit di bahagian belakang yang agak teruk beserta kesan darah dalam air kencing
- Rasa berdenyut-denyut pada bahagian dalam peha
- Kesakitan di bahagaian belakang yang bertambah teruk walaupun dalam keadaan berehat berbanding apabila anda bergerak
- Rasa sangat lemah yang berpanjanagan dengan sensasi tusukan walaupun anda sedang beristirehat
- Lemah tenaga batin
- Kesan sakit yang berpanjangan boleh membawa kepada lumpuh
Perlu diingatkan sekiranya pesakit slipped disk mengalami tanda-tanda seperti di atas jangan teragak-agak untuk mendapatkan rawatan doktor dengan kadar segera bagi membantu pesakit mengatasi masalah slipped disk ini dengan segera.
Faktor-faktor Terjadinya Slipped Disk
Faktor Mekanikal
- Keadaan kedududukan atau postur badan yang tidak betul ketika melakukan kerja-kerja yang berat seperti mengangkat barang-barang yang berat seperti pasu bunga dan sebagainya
- Berat badan yang tidak terkawal atau obesiti serta
- Aktiviti sukan yang mengakibatkan berlakunya tekanan berterusan pada struktur tulang belakang

Faktor-faktor Terjadinya Slipped Disk
Faktor Trauma
- Pernah mengalami kemalangan
- Terjatuh
- Kesilapan semasa pergerakan aktif
- Sewaktu bekerja yang menyebabkan kecederaan otot atau patah tulang belakang

Faktor-faktor Terjadinya Slipped Disk
Faktor Genetik
- Kemerosotan fungsi disk sejak lahir lagi kesan daripada pembawaan genetik bagi sesetengah individu

Faktor-faktor Terjadinya Slipped Disk
Faktor Nutrien
- Kurangnya nutrien dalam badan yang menyebabkan kemerosotan stabiliti dan elastisiti otot
- Tulang rapuh (osteoporosis) akibat peningkatan usia


Pengambilan Vitamin Untuk Slipped Disk
Atasi kekurangan nutrien dalam badan anda yang menjadi salah satu punca terjadinya slipped disk dengan mengambil suplemen semulajadi Shaklee yang terdiri daripada:
1.Vivix
2.Omega Guard
3.Ostematrix
4.Garlic Complex
5.B Complex

Pengambilan Vitamin Untuk Slipped Disk
OmegaGuard

Pengambilan Vitamin Untuk Slipped Disk
Ostematrix

Pengambilan Vitamin Untuk Slipped Disk
Garlic Complex

Pengambilan Vitamin Untuk Slipped Disk
B Complex
Disclaimer :
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati @ mencegah sebarang penyakit
Farah Wahida Binti Omar
SID Pro : Farah Wahida Binti Omar (ID : 1209756)
Takut sgt risikonya. Ramai kwn sy yg dpt sakit slip disc ni..huhu.. muda2 lg
Zaleha recently posted…Kecutkan Cyst Dengan Selamat | Doktor Sahkan Cyst Tiada Setelah Amalkan Ini