Siapakah Yang Perlu Lebih Protein

Tahukah Anda Khasiat Protein Kepada Tubuh Anda?

Siapakah Yang Perlu Lebih Protein?

TAHUKAH ANDA?

Ibu yang menyusukan bayinya memerlukan 2X ganda protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi.

Oleh kerana itu ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi adalah disarankan untuk mengambil protein untuk mengekalkan kesihatan dan penghasilan susu ibu yang lebih banyak dan berkhasiat

Pengambilan protein dapat meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan bayi secara optimum kerana protein merupakan komponen terpenting dalam susu ibu.

 

TAHUKAH ANDA?

Apa yang baik untuk anda ketika anda mengandung juga baik untuk bayi di dalam kandungan anda.

Ambillah protein bagi menyokong pertumbuhan sel bayi yang lebih sihat.

Protein ini juga dapat membantu bakal-bakal ibu diluar sana meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.

 

TAHUKAH ANDA?

Otot memerlukan sokongan semasa anda melakukan latihan rintangan.

Pengambilan protein dapat membina semula dan membaiki otot.
Pembinaan otot tanpa lemak untuk tubuh yang lebih kuat dan cergas.

 

TAHUKAH ANDA?

Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah.

Pengambilan protein dapat meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama.

Pengambilan kalori untuk makanan seterusnya dapat dikawal.

Protein juga dapat mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda, lebih tinggilah kadar metabolisme anda.

 

TAHUKAH ANDA?

Apabila kita semakin berusia, badan akan mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot.

Ambillah protein untuk membantu anda melambatkan penuaan dengan gabungan diantara pengambilan protein dan senaman bagi mengekalkan jisim otot dan kecergasan.

Pengambilan protein juga dapat mengurangkan risiko terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge