Set Penjagaan Kulit Youth Shaklee Agar Anda Kekal Muda,Jelita

Set Penjagaan Kulit YOUTH Shaklee

 

Sekarang ni bermacam-macam produk kecantikan yang terdapat di pasaran. Kita yang perlu pandai memilih mana satukah produk yang sesuai untuk kulit kita. Dengan set penjagaan kulit YOUTH Shaklee, anda tak perlulah nak tercari-cari lagi. YOUTH, dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi tanpa paraben ataupun bahan kimia. Memelihara kulit anda secara semulajadi.Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit.

 

Set penjagaan kulit YOUTH Shaklee telahpun berada di pasaran. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama YOUTH habis di pasaran. Grab cepat sebelum terlambat.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Hmm…apa kena mengena lak dengan YOUTH.

 

Shaklee sekali lagi melancarkan produk set penjagaan kulit yang dipanggil YOUTH yang direka khas bagi memastikan dunia memandang anda semuda anda melihat diri anda sendiri. Tak nak ke kelihatan muda? Semua orang pun nak nampak lebih muda dari usia kan.Set penjagaankulit  YOUTH pilihan yang bijak. Dah lah tanpa bahan kimia. Super duper original from nature.

 

Set penjagaan kulit YOUTH dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit antarabangsa, Indeks Usia Kulit memberikan cara berasaskan fakta dan klinikal untuk membuktikan kesan YOUTH terhadap penampilan dan usia kulit.Keputusannya adalah luar biasa.

 

100% para wanita mempunyai kulit yang kelihatan lebih muda, dengan penambahbaikan hanya dalam 7 hari, dan dengan penggunaan yang berterusan, 2/3 telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad yang lebih muda dengan YOUTH.

 

Keputusan Klinikal Tanpa Kompromi

 

Set penjagaan kulit YOUTH menawarkan produk yang dicipta secara harmoni dengan alam semulajadi malah dibuktikan secara klinikal dengan memberikan anda keputusan klinikal tanpa kompromi.

 

Indeks Usia Kulit

 

Set penjagaan kulit YOUTH Shaklee dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit bertaraf antabangsa, Indeks Usia Kulit mengukur kehadiran tanda-tanda utama penuaan dengan data yang berasaskan fakta.

  • Kedutan Kulit
  • Saiz Pori
  • Tona Kulit
  • Keanjalan
  • Tekstur Kulit
  • Hiperpigmentasi
  • Seri Kulit
  • Kekenduran

Kuasa Botanikal Yang Terdapat Dalam YOUTH

 

Set penjagaan kulit YOUTH Shaklee adalah sebuah revolusi. Dengan 8 paten dan paten-diproses, setiap produk set penjagaan kulit YOUTH Shaklee diformulasi secara spesifik untuk menangani pelbagai faktor penuaan, samada ianya cara hidup anda,kerosakan persekitaran, atau penuaan semulajadi.

Muscadine Grape

Muscadine Grape

Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Apple Stem Cell Extract

Apple Stem Cell Extract

Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract mengaktifkan dan mempercepat pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit anda kelihatan lebih berseri dan lembut, lebih lama.

Vital Repair+ Complex

Vital Repair+ Complex

Vital Repair+ Complex yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien anti oksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.

Lotus Japonicus

Lotus Japonicus

YOUTH Complex yang dalam proses paten,digabungkan dengan Lotus Japonicus, mengaktifkan protein Youth yang penting untuk penjanaan semua sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin.

YOUTH Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japanicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract, yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit anda secara berstruktur.

Schisandra Chinensis Fruit Extract

Schisandra Chinensis Fruit Extract

Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit,Schisandra Chinensis Fruit Extract menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.

Kenapa Perlu Bertukar Kepada YOUTH?

 

Set penjagaankulit YOUTH Shaklee telah pun berada di pasaran bermula 1 Mac 2018 dan boleh didapati dengan harga promosi sepanjang bulan Mac 2018 ini.

 

Set penjagaan kulit YOUTH Shaklee telah melalui 8 tahun penyelidikan, research dan klinikal test sebelum dikeluarkan.

 

Set penjagaan kulit YOUTH Shaklee dijamin 100% berkesan dengan syarat anda dapatkan full set YOUTH dan ikuti segala peraturan pemakaian dengan betul.

 

Set penjagaan kulit YOUTH Shaklee telah terbukti keberkesanannya dan menjadikan anda 10 tahun lebih muda. Tekstur kulit yang lebih baik, keserian kulit bertambah,kurang kedutan di kulit muka serta menjadikan kulit lebih tegang.

 

Set penjagaan kulit YOUTH Shaklee dihasilkan daripada 100% bahan berunsurkan tumbuh-tumbuhan, bebas kekejaman terhadap haiwan, bebas gluten,100% vegan (tidak menggunakan produk dari haiwan),hypoallergenic (kurangkan reaksi allergic pada pemakai), non-comedogenic (formulasi yang tidak menyumbat liang kulit), diuji oleh pakar dermatologi serta pakar opththalmologist.

 

Set penjagaan kulit YOUTH Shaklee juga selamat daripada lebih 1,500 bahan kimia berbahaya dan ramuan yang dipersoalkan.

Set Kecantikan YOUTH Shaklee Skincare

Set ini terdiri daripada:

Luminous Gel Oil Cleanser

1.Luminous Gel Oil Cleanser

  • 3-dalam-1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang
  • Pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci,dan menyediakan kulit anda u tuk langkah seterusnya.
  • Seri semulajadi anda

Bahan Utama: Vital Repair+,Muscadine Grape Extract,Ekstrak Alga Hijau yang Menghaluskan

Perfecting Skin Toner

2.Perfecting Skin Toner

  • Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran
  • Membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama dengan campuran vitamin penting,polifenol dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri.

Bahan Utama : Vital Repair+,Muscadine Grape Extract,Ekstract Alga Hijau yang Meremajakan.

Youth Activating Serum

3.Youth Activating Serum

  • Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal.
  • Terdiri daripada campuran vitamin,polifenol dan YOUTH Complex yang berkesan
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel
  • Membuatkan kulit anda berkelakuan lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul

Bahan Utama : YOUTH Complex dengan Apple Cell,Lotus Japonicus,Vitamin A Berkapsul

Age Defense Moisturizer-SPF 50 (Siang)

4.Age Defense Moisturizer-SPF 50 (Siang)

  • Perlindungan untuk kulit anda adalah lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari
  • Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB
  • Vitamin dan nutrien botani melembapkan kulit anda
  • Menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh

Bahan Utama : SPF 50, Vital Repair+Complex,Muscadine Grape Extract

Advance Renewal Night Cream-Light (Malam)

5.Advance Renewal Night Cream-Light (Malam)

  • Ekstrak Alga Marin,Muscadine Grape dan Lotus Japonicus, serta anti oksida yang lain menggalakkan proses pembaharuan sel kulit anda semasa anda tidur.
  • Campuran botanikal khas Shaklee membantu meransang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin dan cerah.

Bahan Utama : Vital Repair+ Complex,Schisandra Chinensis,Lotus Japonicus

Advanced Renewal Night Cream-Rich (Akan Datang)

*Advanced Renewal Night Cream-Rich (Akan Datang)

  • Krim malam ini diformulasi dengan shea butter dan jojoba menghidratkan kulit dengan mendalam serta melembutkan kulit
  • Alga Marin ditambah dengan anti oksida yang kaya dengan vitamin membantu mengecas dan membantu sel kulit semasa anda tidur
  • Membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda,licin dan cerah

Bahan Utama : Vital Repair+Complex,Lotus Japonicus,Shea Butter,Jojoba

Radiance C + E

Radiance C + E

  • Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.
  • Radiance C+E mengurangkan kehadiran tompok usia,melicinkan tekstur kulit,dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.
  • Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan bersama rejimen penjagaan kulit anda selepas menggunakan serum
  • Kapsul berdos-tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan,vegan,100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.

Bahan Utama : 20% Vitamin C Tulen, Vitamin E, Raspberi

*Untuk penggunaan selama 60 hari

Testimoni Pengguna YOUTH Shaklee

2 thoughts on “Set Penjagaan Kulit Youth Shaklee Agar Anda Kekal Muda,Jelita”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge