Sayalah Biznes Partner Anda

Sayalah Biznes Partner Anda

Sayalah Biznes Partner Anda yang Boleh Dipercayai

 

Sayalah biznes partner anda. Pagi ni nak cerita sedikit bagaimana anda boleh memulakan biznes online dengan mudah.Jom, teruskan membaca. Membaca jambatan ilmu, tak baca jambatan dungu. Tak gituew? Bukan mudah, namun segalanya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk kita lakukan.

Sejak dua menjak ni kos sara hidup semakin tinggi, ramai yang mula tercari-cari bagaimana nak mulakan bisnes sambilan tanpa kos yang tinggi ataupun kalau boleh nak gunakan modal yang minima sahaja. Saya boleh ajar bagaimana cara buat bisnes shaklee online dengan mudah.

Namun kenalah rajin, kalau malas pun tak jadi juga, betul tak? Yelah bil perlu dibayar, kereta/motor perlu diisi minyaknya, anak-anak nak makan dan minum, pantang hujung minggu anak-anak mulalah merengek-rengek…

Anis : Ibu….jom pi zoo,
Ibu….jom balik rumah Tok Mak
Hanif :Ibu….nak beli lego….nak makan pizza……..
Ibu….Kidzania……..

Ibu : fenin….

 

Mengapa Shaklee Adalah Pilihan Terbaik Anda?

 

1.Modal permulaan yang kecil

 

Memulakan bisnes Shaklee tidak memerlukan modal yang besar macam bisnes yang lain. Percaya atau tidak kita boleh memulakan bisnes online kita TANPA MODAL. Hanya berbekalkan RM79.80 (Semenanjung Malaysia).

Jika anda nak daftar terus di mana-mana cawangan Shaklee pun boleh.Anda hanya perlu sediakan modal sebanyak RM68.90 untuk satu set member kit Shaklee sekiranya anda terus mendaftar di mana-mana cawangan Shaklee yang berdekatan. Tambahan RM10.60 adalah kos tambahan seandainya anda mahu member kit tu terus di poskan ke rumah anda.

 

2.Saya berada di bawah Group jutawan Shaklee yang glamour hingga ke USA.

 

Saya berada di bawah Group Shaklee yang tidak asing lagi di Malaysia ni. Pernah dengar iReach? Master Lyna Noh? cer tanya Mr Google kalau tak percaya, pasti anda temui siapa dia Master Lyna Noh. Beliau merupakan antara yang berjaya dalam bisnes Shaklee.

Serius, saya bermula dengan zero, namun berkat bimbingan dan tunjuk ajar mentor, saya mula mengorak langkah. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mengukuhkan ekonomi kita yang agak cukup-cukup makan je kan setiap bulan.

Lepas ni takyah nak risau-risau pasal GST ke…minyak naik ke…harga barang naik ke…tol naik ke…lepas ni kita bantu pula orang-orang yang memerlukan pula.Kalau kita pun cukup-cukup jer macam mana nak bantu orang lain.Jihad ekonomi gituew?….

 

3.Sistem Shaklee yang adil

 

Dalam Shaklee tiada istilah penindasan. Siapa sahaja boleh berjaya dalam bisnes Shaklee asalkan anda sanggup berusaha dengan bersungguh-sungguh, anda pasti akan berjaya. Mengapa tidak?

Tiada istilah leader goyang kaki, anak buah buat kerja bagai nak gila. Siapa yang berusaha sudah pasti boleh naik rank terlebih dahulu. Meninggalkan leader-leader yang goyang kaki je.

Andalah yang akan memasarkan perniagaan melalui 3 perkara asas yang utama iaitu guna, kongsi dan bina perniagaan anda mengikut acuan anda sendiri. Andalah bos dan anda jugalah kuli.

 

4.Pemasaran berdasarkan produk

 

Pemasaran kami di Shaklee adalah berdasarkan produk yang kami jual bukanlah berdasarkan cari orang di bawah kami. Kita tak payah susah-susah cari orang bawah kita macam sistem piramid tu.

Di Shaklee kami banyak berkongsi produk yang kami gunakan.Kami guna dahulu untuk merasai kesannya kemudian kami akan memberikan didikan kepada orang di luar sana bagaimana pentingnya menjaga kesihatan. Didikan tentang penggunaan produk Shaklee adalah amat penting bagi kami, bukan hanya mengejar keuntungan semata-mata.

 

5.Pasaran yang luas

 

Produk Shaklee mempunyai pasaran yang amat luas bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara sekalipun. Gaya hidup kita pada hari ini yang tidak sihat dan agak stress, persekitaran yang dicemari dengan pelbagai pencemaran alam, menyebabkan kualiti kesihatan kita makin rendah.

Bukan sedikit perbelanjaan yang kita belanjakan untuk mendapatkan rawatan. Itu bagi yang mampu, bagaimana pula bagi mereka yang tidak mampu?

Untuk pengetahuan anda saya dan anak merupakan pesakit asma agak lama dahulu. Setiap kali kami bertemu doktor untuk rawatan susulan, kos perbelanjaan mencecah RM1000.00 setiap kali perjumpaan. Syukur alhamdulillah dipertemukan dengan vitamin semulajadi Shaklee yang saya ambil. Kesannya, kami jarang diserang asma kini. Tiada lagi rawatan susulan.

Cuba Anda Bayangkan Seketika
  • Tidak salah untuk bermimpi sebentar. Cuba bayangkan anda mengggapai impian anda. Betapa seronoknya kehidupan anda yang selesa dan ideal tanpa sebarang masalah kewangan. Kehidupan yang bahagian dan gembira disamping keluarga tercinta.
  • Di Shaklee kami akan saling bantu-membantu untuk memastikan anda mencapai segala impian dan menikmati kehidupan yang lebih baik dengan hanya berbekalkan modal serendah RM79.50.
  • Waktu bekerja yang sangat flexible. Anda boleh berniaga di mana sahaja anda berada tanpa mengira waktu.
  • Bisnes Shaklee ini merupakan bisnes anda sendiri. Andalah penentu kejayaan bisnes anda.
  • Shaklee menjanjikan pelbagai ganjaran yang menarik seperti penjimatan harga ahli, bonus, perjalanan pelancongan yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee dan banyak lagi.
  • Kita juga akan bekerjasama saling menaikkan bisnes Shaklee secara berkumpulan. Anda tidak akan ditinggalkan keseorangan. Pemasaran secara FB,IG dan Blog akan saya ajarkan kepada anda tanpa sebarang bayaran tersembunyi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge