Sakit Lutut Orang Tua2

Sakit Lutut Orang Tua

Sakit Lutut Orang Tua

Sakit Lutut

Bila sebut sahaja sakit lutut sudah tentulah kita terbayangkan kedua orang tua kita yang sudah mula berjalan berdengkut-dengkut. Bila nak solat sukarnya bukan main. Malah bila mula membongkok hendak duduk akan terdengarlah bunyi keletap-kreletup di bahagian lutut. Boleh bayang tak kesakitan mak dan abah kita.

Sakit lutut merupakan antara penyakit yang biasa dideritai oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Merujuk kepada statistik, 1 daripada rakyat Malaysia akan menderita akibat sakit lutut sekurang-kurangnya sekali dalam hayat mereka.

Ada di kalangan pesakit lutut akan sembuh sepenuhnya dari derita sakit lutut ini, namun tak kurang juga yang menjadi semakin parah dan memerlukan rawatan lanjutan bahkan melibatkan pembedahan.

Sakit sendi lutut ini juga dikategorikan kepada beberapa jenis antaranya:

  • gout
  • masalah urat lutut
  • lutut masuk angin
  • arthritis
  • osteoarthritis
  • sendi haus
  • lutut kurang minyak
  • rheumatoid arthritis

dan banyak lagi panggilan dan istilah untuk sakit lutut ini.

 

Punca dan Penyebab Sakit Lutut

Sakit Lutut

Sakit lutut ini boleh di bahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

1.Sakit Lutut Akut

  • Sakit lutut jenis ini biasanya terjadi dengan sangat cepat. Semalam masih sihat, tetapi pagi ini secara tiba-tiba lutut terasa sakit.
  • Kadangkala terus menjadi parah dan menyebabkan sukar untuk berjalan
  • Sakit lutut jenis ini biasanya berlaku diakibatkan kemalangan jalan raya, terjatuh dari tempat yang tinggi dan sebagainya

2.Sakit Lutut Kronik

  • Sakit lutut jenis ini pula kebiasaannya berlaku secara perlahan-lahan dan prosesnya berjalan sedikit-sedikit selama bertahun-tahun lamanya.
  • Kebiasaannya berlaku ke atas golongan yang sudah lanjut usia atau warga emas.
  • Amat jarang berlaku ke atas golongan muda kerana prosesnya yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya

Sakit Lutut Kronik ini pula boleh dibahagikan kepada 2 bahagian khusus iaitu:

1.Akibat Penuaan

  • Apabila usia semakin meningkat, kulit mula menjadi kendur, mata semakin kabur, begitu jugalah halnya dengan sendi kita
  • Sel-sel sendi lutut mengalami proses degeneratif, iaitu badan mula tidak dapat perbaharui sel lutut yang semakin rosak berbanding di waktu muda dahulu menyebabkan sendi tidak dapat berfungsi secara optimal dan menyebabkan kesakitan apabila berjalan. Semakin dibiarkan akan semakin sakit dan parah keadaannya

2.Akibat Penyakit Sistemik

  •   Penyakit dalam badan seperti gout, yang lama kelamaan akan menyebabkan kristal tajam berkumpul di dalam sendi lutut sedikit demi sedikit sehinggalah menyebabkan kesakitan pada lutut.
  • Oleh kerana itulah kadangkala sendi mengalami bengkak keras disebabkan urik asid yang berpunca dari gout telah termendap di dalam sendi.
Simptom-simptom atau Tanda dan Gejala Berlakunya Sakit Lutut

Simptom, Tanda dan Gejala Sakit Lutut

Simptom, tanda ataupun gejala berlakunya sakit otot dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

1.Sakit Lutut Akut

  • Tanda paling mudah ialah berlakunya dengan cepat
  • Kebiasaannya selepas aktiviti sukan, kemalangan jalan raya, selepas trauma ( jatuh,tersadung,terhantuk,tertimpa barang dan sebagainya) pada daerah sendi lutut
  • Antara bahagian komponen lutut yang boleh tercedera adalah tulang keras, tulang rawan, ligamen, tendon atau otot
  • Cedera tulang keras – mengakibatkan tidak boleh berjalan sama sekali.Kemungkinan retak atau patah dan sekiranya memijak atau digerakkan akan terasa sangat sakit
  • Cedera tulang rawan – kebiasaannya masih boleh digerakkan. Jika memijak atau duduk bersila akan terasa sakit dan jika berjalan semakin lama terasa semakin sakit
  • Cedera ligamen – Jika kecederaan hanya melibatkan ligamen, simptomnya dapat di kesan ketika berjalan, rasa seperti lutut lari (ada yang panggil, alignment lutut lari dan sewaktu berjalan dapat dirasakan seperti lutut rasa “membuang”).
  • Cedera tendon – kebiasaannya masih boleh berjalan namun tidak boleh berlari apatah lagi berjogging. Semakin lama berjalan, semakin keraplah tendon bergesel dan semakin terasa kesakitannya. Setelah berehat, kesakitan akan hilang dengan sendirinya namun apabila mula berjalan, kesakitan akan datang kembali
  • Cedera otot – Kecederaan otot mengakibatkan sekitar lutut akan bengkak dan sakit apabila ditekan atau terasa tegang

2.Sakit Lutut Kronik

  • Simptom paling utama adalah apabila sakit lutut perlahan-lahan dan semakin lama semakin sakit
  • Kebiasaannya pesakit sudah mengambil ubat tahan sakit dan berurut dan kebiasaannya sering berlaku kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas
  • Kerapkali berlaku kepada individu yang berat badannya berlebihan
  • Diakibatkan oleh degeneratif : Pada usia yang lanjut (proses penuaan), sakit ketika berjalan, sakit ketika dilipatkan, dan kadangkala sakit ketika cuaca sejuk. Ketika ini, berdiri untuk solat pun sudah tidak mampu. Apabila berjalan laju atau berjalan dalam jangka waktu yang agak lama akan menjadikan semakin sakit. Kesakitan akan hilang apabila berehat, namun tidak hilang sepenuhnya
  • Diakibatkan penyakit sistemik – kebiasaannya adalah disebabkan Gout dan Rheumatoid Arthritis (rematik).
  • Serangan gout terjadi kerapkali tersilap makan. Sendi sukar digerakkan serta sukar berjalan. Gout yang teruk, kain ditiup angin pun dirasakan menghiris-hiris sakitnya.
  • Rheumatoid Arthritis (rematik) pula sakitnya hampir sama dengan degeneratif . Seringkali disertai dengan sendi-sendi di jari atau kaki yang membengkak atau membengkok.
Atasi masalah sakit lutut orang tua dengan VIVIX

Atasi Sakit Lutut Orang Tua dengan VIVIX

Untuk mengatasi masalah sakit lutut orang tua, anda boleh bantu melalui :

  • Pengambilan suplemen semula jadi Vivix yang dapat memulihara sehingga ke bahagian sel.
  • Vivix mudah ditelan dan dihadam kerana berbentuk cecair amat sesuai untuk warga emas
  • Merupakan premium suplemen

Farah Wahida binti Omar

SID PRO : Farah Wahida binti Omar

Shaklee Products & Consultation

farahhelmee8@gmail.com

Disclaimer :

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati @ mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge