Penyakit Asma @ Lelah

Penyakit Asma @ Lelah

Apa Itu Penyakit Asma @ Lelah?

Penyakit yang dipanggil asma atau lelah ni sebenarnya merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kita sukar bernafas. Dada terasa sesak, sendat dan padat menyebabkan udara yang segar tidak terasa nyaman lagi.
Ketika pesakit diserang asma, keradangan & spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit.
Pesakit asma seperti saya akan mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, sukar bersenam malahan berjalan jauh sedikit pun akan terasa kepenatan yang amat sangat. Cuba anda lihat video di bawah yang menunjukkan bagaimana saluran pernafasan bagi pesakit asma dan orang yang normal.

Hanif Diserang Penyakit Asma @ Lelah Lagi….

Penyakit asma @ lelah ni rupa-rupanya boleh diwarisi. Bila diingat-ingat kembali barulah saya sedar, memang kami dari keturunan yang mempunyai penyakit asma @ lelah dari sebelah ibu saya. Akhirnya saya juga mewariskannya kepada anak saya Hanif.
Asma yang kami hidapi kini menyebabkan beberapa ketika kami terpaksa bergantung kepada”inhaler”. Malah ketika saya menulis saat ini pun, saya mengalami demam, batuk-batuk hinggakan hilang suara, sesak di bahagian dada & terasa kepenatan apabila banyak melakukan pergerakan. Cuaca yang agak sejuk disebabkan hujan, kemudian bertukar kepada sangat panas mempengaruhi kehadiran penyakit asma @ lelah ini. Bukan itu sahaja, beberapa faktor yang dapat mencetuskan penyakit asma @ lelah ini seperti:
  • Asap rokok
  • Habuk permaidani, bantal, patung berbulu,dll
  • Bulu haiwan peliharaan seperti kucing & arnab (haiwan ini jugalah yang menjadi kegemaran anak-anak)
  • Debunga (Pollen) dari pokok, bunga, rumput
  • Selsema
  • Aktiviti-aktiviti seperti berlari, bersukan, dll

Penyakit Asma @ Lelah
Mendapatkan rawatan secara “nebulizer” di klinik.

Bagaimana Saya Akhirnya Memilih Shaklee Untuk Meringankan Asma @ Lelah Yang Dihadapi Oleh Hanif…

Setelah sekian lama, saya & anak  saya Hanif bergantung kepada pelbagai jenis ubat-ubatan, saya terfikir kenapa tidak saya mencari alternatif untuk menggantikan kesemua ubat-ubat tersebut. Jemu juga kami dibuatnya, tekak terasa pahit, tidak terasa lagi kelazatan makanan, betapa Allah S.W.T telah menarik nikmat makan saya sekelip mata. Apapun saya redha, bukankah penyakit ini dapat menghilangkan segala dosa-dosa kecil kita.
Pada awalnya saya mendapat maklumat mengenai Shaklee melalui pembacaan blog. Berminat dengan cadangan melalui blog tersebutlah membuatkan saya teringin untuk mencuba produk Shaklee bagi mengatasi asma kami ini. Kami juga diberi konsultasi mengenai cara pengambilan yang sesuai untuk penyakit yang kami hidapi ini.
Sebulan selepas saya menghabiskan ubat-ubatan hospital yang diberikan oleh doktor pakar (bulan Jun 2017 saya telah ditahan di wad selama seminggu disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru menyebabkan asma saya semakin teruk), saya terpanggil untuk mencuba mengamalkan Omega Guard, Alfalfa, Nutriferon dan Vitamin C. Manakala untuk Hanif pula, saya berikan Omega Guard, Nutriferon, Vitamin C, Vita-Lea for Children dan Meal Shakes bagi membantu meningkatkan antibodi untuk melawan penyakit. Alhamdulillah, nampak berkurang. Sehingga kini, kami masih lagi mengambil suplemen Shaklee sebagai alternatif untuk melawan penyakit asma @ lelah.

1.Nutriferon

 

Asma dicetuskan oleh serangan alergen, sistem imun pesakit asthma seperti kami pula tidak mampu untuk bertahan dengan serangan itu. Dengan Nutriferon, ia mampu mempertingkatkan sistem imun.
Baiklah, kita sambung esok yer, sebarang pertanyaan, WasAp saya nombor diatas. Selamat malam & moga terus sihat dan ceria sepanjang hari. Moga hari ini lebih baik dari semalam.

 2.Omega Guard
Penyakit asma @ lelah

8 thoughts on “Penyakit Asma @ Lelah”

  1. Pingback: 8 Makanan Pencetus Asthma Yang Patut Dielakkan Supaya Penyakit Tidak Bertambah Kronik

  2. Pingback: 7 Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Asthma Ambil Setiap Hari

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge