Katakan tidak pada rambut gugur5

Katakan Tidak Pada Rambut Gugur

Katakan Tidak Pada Rambut Gugur

Kenapa Rambut Gugur?

Rambut merupakan mahkota wanita yang dianggap paling berharga disisi wanita. Selalu dikaitkan kecantikan rambut dengan si pemilik rambut tersebut.Ikal mayang, kerinting, lurus adalah antara jenis-jenis rambut idaman wanita. Pelbagai fesyen digayakan mengikut trend masa kini.Namun sebagai muslim, rambut merupakan harta yang perlu dilindungi dan disimpan rapi oleh wanita.Lambang kecantikan wanita ini perlu disimpan rapi bagi wanita muslim seperti saya.Walaubagaimanapun, tidak semestinya kita tidak boleh menggayakannya mengikut trend.

Kenapa rambut gugur? Mari kita lihat beberapa faktor yang menyebabbkan rambut gugur. Antaranya:

1.Faktor Genetik

  • ibu bapa yang seringkali mengalami masalah rambut gugur, tidak mustahil juga bagi anak-anak mengalami masalah yang sama.

2.Faktor Angin di dalam Badan

  • Kita selalu mendengar orang tua-tua berkata makan makanan yang berangin akan menjadi punca badan kita berangin.
  • Badan yang berangin juga menjadi punca rambut gugur
  • Amalan menarik rambut yang kononnya boleh mengeluarkan angin dari kepala hanya akan menyebabkan rambut putus. Akar rambut menjadi tidak kuat dan akhirnya rambut gugur

3.Pemakanan

  • Sudah tentu pemakanan secara sihat dapat menghasilkan akar rambut yang kuat dan sihat juga.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat seperti junk food dan fast food.
  • Pemakanan yang sihat boleh rujuk kepada cara pengambilan secara suku-suku separuh.

4.Kebersihan Rambut

  • Rambut perlu dijaga dan dicuci selalu.
  • Wanita bertudung kerapkali terdedah dengan bau yang tidak menyenangkan akibat rambut yang terperap terlalu lama di dalam tudung
  • Bagi wanita bertudung, anda boleh mencuci rambut di waktu malam bagi mengelakkan rambut berbau busuk akibat lembab dan terperap
  • Gunakan hair dryer untuk mengelakkan rambut lembab ketika memakai tudung
  • Bagi wanita yang tidak bertudung dan lelaki juga perlu menjaga kebersihan rambut agar tidak terlalu terdedah dengan panas dan kelembapan
  • Rambut hendaklah dicuci dengan shampoo yang sesuai, organik dan kurang bahan kimia bagi mengelakkan rambut yang tidak sihat

5.Jarang Mencuci Rambut

  • Rambut yang jarang dicuci juga boleh menyebabkan rambut gugur
  • Pastikan anda mencuci rambut setiap hari menggunakan shampoo organik yang sesuai dengan kulit kepala anda bagi mengelakkan rambut gugur dan gatal

6.Perubahan hormon atau hormon yang tidak stabil

  • Hormon yang tidak stabil kebiasannya berlaku kepada wanita yang sedang hamil atau wanita yang baru melahirkan anak
  • Gangguan hormon ini akan menyebabkan rambut gugur dan tidak sihat

7.Penggunaan Bahan Kimia Yang Berlebihan Pada Rambut

  • Bahan kimia yang digunakan di dalam pewarna rambut secara tidak langsung merosakkan akar rambut
  • Pewarna rambut samada jenis kekal atau semi kekal mengandungi bahan kimia yang dipanggil hydrogen peroxide yang boleh mengubah warna pigmen rambut.
  • Selain mewarnakan rambut, meluruskan rambut juga melibatkan penggunaan bahan kimia
  • Akibatnya akar rambut tidak sihat dan menyebabkan rambut gugur

8.Pengaliran Darah Yang Tidak Lancar

  • Aliran darah yang tidak lancar dapat dikesan melalui wajah yang pucat, nampak letih dan tidak bermaya
  • Rambut gugur juga boleh berlaku akibat aliran darah yang tidak lancar ini

Bertukarlah Kepada ProSante Hari Ini

ProSante terdiri daripada set penjagaan rambut organik yang dirumus khas untuk anda. Tanpa bahan kimia.Tidak merosakkan kutikel rambut dan kulit kepala

Set Penjagaan Rambut ProSante

 

1.Revitalising Shampoo

  • Kandungan humektan di dalam shampoo ini berperanan untuk melicinkan kutikel serta melebatkan rambut
  • Mengandungi sistem pembersih berpaten dengan mekanisme tindakan yang lembut
  • Membuatkan rambut lebih segar serta menyeimbangkan kulit kepala dan menjadikan rambut tidak terlalu lembab dan tidak terlalu kering

Bertukarlah Kepada ProSante Hari Ini

Set Penjagaan Rambut ProSante

 

2.Replenishing Conditioner

  • Merupakan pelembab yang pekat bagi memastikan rambut sentiasa berkilat dan sehalus selelembut sutera
  • Berfungsi untuk memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut serta memperbaiki hujung rambut yang bercabang
  • Membantu menguatkan rambut dengan khasiat protein dan humektan asli

Bertukarlah Kepada ProSante Hari Ini

Set Penjagaan Rambut ProSante

 

3.Nourishing Scalp Treatment

  •  Merupakan produk teras dalam Set Penjagaan Rambut ProSante yang penuh dengan formula ekslusif Scalp Health Complex
  • Membantu mengatasi punca masalah rambut dengan rumusan serum yang mudah diserap oleh kulit untuk melancarkan pengaliran darah
  • Bertindak melindungi rambut dari kesan negatif faktor persekitaran
  • Membekalkan khasiat kepada kulit kepala
  • Mengandungi vitamin antioksida A dan E serta Koenzim Q10 bagi melindungi rambut daripada kerosakan akibat radikal bebas dan tekanan dari persekitaran
  • Berfungsi dengan lembut bagi menghasilkan persekitaran yang optimum bagi pertumbuhan rambut
  • Diformulakan tanpa bilas bagi memudahkan penggunaannya .Menjadikan rambut mudah digayakan mengikut cita rasa anda tanpa memerlukan masa yang lama
  • Rambut tidak melekit atau berminyak
  • Apa yang uniknya tentang ProSante Nourishing Scalp Treatment ni ialah tentang formulanya yang sangat ekslusif yang mana telah terbukti berkesan untuk mengurangkan keguguran rambut semasa disikat.
  • Ia juga dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada Set Penjagaan Rambut ProSante.Katakan TIDAK kepada rambut gugur.

Bertukarlah Kepada ProSante Hari Ini

Set Penjagaan Rambut ProSante

 

4.Long Lasting Finishing Spray

  • Merupakan “medium hold” atau dengan kata lainnya “ketahanan sederhana” bagi mengekalkan gaya rambut anda
  • Dapat memberikan perlindungan UV terhadap rambut
  • Sangat sesuai digunakan untuk merapikan rambut yang kusut,kering dan sukar diurus

Farah Wahida Binti Omar

SID Pro : Farah Wahida Binti Omar ( ID : 1209756 )

Shaklee Products & Consultation

farahhelmee8@gmail.com

Disclaimer :

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati @ mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge