Jom Bawa Anak-anak Bercuti di Puteri Qashrina Chalet

Puteri Qashrina Chalet di Pantai Puteri, Melaka

Bawa Anak-anak Bercuti di Puteri Qashrina Chalet

Cuti sekolah sudah pun bermula, saya berkesempatan beberapa hari yang lepas membawa anak-anak ke Puteri Qashrina Chalet yang terletak di Pantai Puteri, Melaka

Apa yang menarik disini ialah terdapat beberapa buah kolam yang sesuai untuk anak-anak kecil kita mandi-manda dek kerana saiznya pun amat sesuai untuk kanak-kanak. Maknanya untuk orang dewasa tak berapa nak sesuailah.

Anak-anak boleh buat pilihan mana satukah kolam yang mereka gemari.

Kawasan Puteri Qashrina Chalet ini rupanya sangat luas dan mempunyai beberapa buah chalet dan homestay yang boleh dipilih mengikut keperluan anda. Kami memilih untuk menginap di bilik studio di sini. Ruang agak terhad bagi kami yang mempunyai 2 orang anak.Bagi mereka yang datang berdua, bilik studio mungkin adalah pilihan terbaik. Jom bawa anak-anak ke Puteri Qashrina Chalet untuk mandi-manda.Sesekali apa salahnya yer tak?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge