Hobi Saya Dahulu, Kini dan Selamanya

Hobi Saya Dahulu, Kini dan Selamanya…

Hobi Saya Pada Suatu Masa Dahulu

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan menghirup udara yang segar pagi ini. Dalam kesibukan menghantar anak-anak ke sekolah dan berkejar ke tempat kerja, Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menulis sebentar ketika waktu rehat yang beberapa minit ni. Jadi nak ceritalah sedikit tentang hobi saya dahulu, kini dan selamanya…

Hobi…

Bila sebut hobi, teringat zaman kanak-kanak dahulu saya gemar sekali mengumpul setem. Dahulu, bila abah dapat surat, sayalah orang pertama yang berkejar untuk mendapatkan surat abah. Maklumlah nak tengok hari ni setem gambar apa yang ada pada surat abah. Tinggal di persekitaran kampung seperti kami sebenarnya bukan selalu abah terima surat. Biasanya hanya urusan rasmi. Itupun kadangkala tiada setem pun pada surat. Hanya tertulis…..URUSAN RASMI…..ahh…kecewa…

Lagi mengecewakan bila setem yang diterima tu gambarnya sama sahaja. Apa pun saya tetap ambil dan kumpulkan. Masa tu manalah ada duit kan nak beli setem.Bukan macam sekarang, asal asal ada duit je macam-macam setem yang boleh kita beli. Seronok kan. Lebih-lebih lagi kalau dapat setem dari luar negara. Ok, itu cerita suatu masa dahulu.

Itu cerita zaman kanak-kanak saya, takdelah menarik sangat. Namun masih terpahat diingatan sehingga hari ini.

Kenapa yer?

Mungkin saya ni anak abah…selalu ikut abah ke sana ke mari. Sekolah agama dengan abah. Ikut abah pi mengajar….hahahah semua dengan abah….sebak…abah dah berumur….mak pun….

Sekarang, hobi saya dah bertukar dek kerana suasana berkeluarga, maka saya lebih suka menghabiskan masa bersama anak-anak. Biasanya hujung minggu saya akan bawa mereka ke taman permainan atau Taman Hutan Bandar. Berbasikal….berjogging….berjalan menikmati keindahan alam semulajadi.

Hmmm …..sejak mula bekerja ni, jarang sekali bawa anak-anak ke taman. Nampaknya kena luangkan sedikit masa yang ada dengan anak-anak selepas ni.

Oleh kerana sekarang dah tercebur dengan Vitamin Semulajadi Shaklee, maka banyaklah masa saya habiskan dengan membaca entry lama-lama, buku-buku tentang kesihatan, dan artikel-artikel tentang kesihatan. Barulah tahu tentang pelbagai jenis penyakit. Hmm…selama ni hanya ambil tahu tentang penyakit sendiri sahaja. Betullah kata orang, membaca jambatan ilmu…tak baca jambatan dungu…

Oklah setakat ini sahaja perkongsian untuk hari ini. Ceria-ceria selalu. Hidup sihat Hidup Cergas. Ambil tahu tentang penyakit anda, jangan biarkan hingga ianya melarat. Nak tahu lanjut tentang Vitamin Semulajadi Shaklee, hubungi saya:

http://www.wasap.my/60102321261

http://www.wasap.my/60102321261

http://www.wasap.my/60102321261

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge