Health & Wellness Talk di Shaklee Branch Taman Molek, Johor Bahru
Health & Wellness Talk
Semalam saya berkesempatan menghadiri Health & Wellness Talk di Shaklee Branch di Taman Molek, Johor Bahru. Walaupun tidak berapa sihat, alhamdulillah berkesempatan menghadiri sharing tersebut. Banyak informasi yang di perolehi antaranya tentang:
- HFMD
- Bagus Untuk Ibu Terbaik Untuk Bayi
- Alfalfa Raja Segala Makanan
- New Device-Youth
HFMD-Hand Foot Mouth Disease atau dikenali juga Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut.
Apa Itu HFMD?
Penyakit tangan,kaki dan mulut (HFMD) merupakan jangkitan virus yang biasanya menyerang kanak-kanak kecil di bawah umur 5 tahun (sehingga umur 10 tahun) dan boleh juga menyerang orang dewasa.Tanda-tanda pertama penyakit ini biasanya akan muncul diantara 2 hingga 14 hari.
Bagaimana HFMD ini boleh menular?
Penularan HFMD atau penyakit tangan,kaki dan mulut ini boleh menular melalui sentuhan secara langsung dengan air liur atau pun najis daripada mereka yang telah dijangkiti oleh HFMD. Sekiranya anda membersihkan anak yang dijangkiti HFMD ataupun penyakit tangan,kaki dan mulut ini, pastikan anda mencuci tangan sebersih-bersihnya bagi mengelakkan jangkitan. Jangan lupa bahawa orang dewasa juga berpotensi untuk dijangkiti oleh penyakit tangan,kaki dan mulut ini.
Hindari berada di tempat-tempat awam dan tempat yang sesak seperti:
- shopping mall/complex
- tandas awam
- lapangan terbang
- taman permainan
- dan lain-lain
Menghindari adalah lebih baik dari merawat.
Bagaimana HFMD atau Penyakit Tangan,Kaki dan Mulut Boleh Menular
Bermain bersama-sama rakan yang telah dijangkiti HFMD atau penyakit tangan,kaki dan mulut. Jangkitan adalah melalui air yang keluar dari mulut ataupun hidung pesakit HFMD.
Bagaimana HFMD atau Penyakit Tangan,Kaki dan Mulut Boleh Menular
HFMD atau penyakit tangan,kaki dan mulut juga boleh dijangkiti melalui perkongsian makanan.
Bagaimana HFMD atau Penyakit Tangan,Kaki dan Mulut Boleh Menular
HFMD atau penyakit tangan,kaki dan mulut juga mudah dijangkiti di tempat-tempat awam seperti taman permainan, kompleks membeli-belah dan mana-mana tempat yang sesak.
Tanda-tanda HFMD atau Penyakit Tangan,Kaki dan Mulut
Tanda-tanda
Antara tanda-tanda awal yang boleh dikesan ialah:
- Ruam atau lepuh di tapak tangan,kaki dan kawasan lampin
- demam yang tinggi
- Muntah
Sekiranya anak-anak anda mengalami gejala-gejala di atas jumpa doktor dengan segera.
HFMD atau penyakit tangan,kaki dan mulut tidak boleh dirawat, tetapi boleh di cegah
Langkah-langkah pencegahan
Untuk pengetahuan anda tiada rawatan ataupun ubat untuk merawat HFMD atau penyakit tangan,kaki dan mulut ini. Apa yang kita boleh lakukan sekiranya anak-anak ataupun ahli keluarga kita terkena HFMd ini adalah dengan cara memberikan perhatian dan sokongan moral kepada pesakit.
Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil adalah dengan meningkatkan tahap antibodi atau imun badan dengan cara pengambilan:
Untuk Kanak-kanak
- Protein – diperlukan untuk membina dan membaiki tisu-tisu badan. Ianya boleh diperolehi melalui Meal Shakes.
- Vitamin dan mineral – untuk kesihatan optima dan sistem imun yang sihat Yang boleh diperolehi di dalam Vita-Lea for Children.
- Vitamin C – untuk badan kekal sihat sentiasa.
- Shakleebaby – untuk mandian dan sapuan losyen bagi melindungi anak-anak dari jangkitan.
Untuk Dewasa
- Polifenol – mengurangkan keradangan dan untuk fungsi imun yang sihat. Boleh diperolehi melalui Vivix
- Bawang putih – menguatkan fungsi sel imun yang terdapat di dalam Garlic Complex.
- Vitamin C – untuk badan kekal sihat yang boleh diperolehi melalui Sustained Release Vita-C Plus.




Farah Wahida binti Omar
SID Pro
Shaklee Products & Consultation
010.232.1261
farahhelmee8@gmail.com
Disclaimer:
Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis,merawat,mengubati atau mencegah sebarang penyakit.
seriau juga bila berjalan ke mana-mana fikirkan hfmd ni. Alhamdulillah ada produk yg bagus dr Shaklee
Zaleha Awaluddin recently posted…Catatan Kembara : Trip Family Backpack Ke Sabah (Part 1)
Alhamdulillah…dah tau punca HFMD ni kena lebih berhati-hati la akan…