Guru, Isteri, Ibu, Anak…

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t yg menciptakan alam semesta ini. Syukur alhamdulillah kerana masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara yang nyaman pagi ini, cuaca yang agak sejuk setelah semalaman hujan.

Anak-anak Anis & Hanif masih berada di luar rumah bermain dengan Bobby dan Blackie (si anak arnab) yang sudah masuk 3 minggu kami membelanya. Anak-anak sangat sayangkan haiwan. Bermula dengan si anak kucing yang diberi nama Aies, akhirnya melarikan diri kerana mungkin si anak kucing sudah biasa dengan suasana bebas. Aies dibawa balik dari madrasah oleh kakak Anis kerana kasihankan Aies yg kehilangan ibunya dalam kemalangan. Kemudian Anis & Hanif bermula kembali dengan membela beberapa ekor hiasan. Juga mati seekor demi seekor. Saya terfikir, kami perlukan ilmu dalam memelihara haiwan sebelum mula membela lagi. Bermulalah episod mencari bahan bacaan untuk menambah ilmu juga bertanya kepada rakan yang biasa dengan haiwan peliharaan dan akhirnya 3 minggu yang lepas, Anis & Hanif membuat pilihan untuk memelihara arnab.

Bukan mudah rupanya memelihara arnab. Bukan setakat memberi tempat tinggal, memberi makan malah perlu dibawa bermain setiap hari kerana mereka suka bermain-main bebas di halaman rumah berbanding terperap di dalam sangkar. Sebagai ibu, nak atau tidak sedikit sebanyak kenalah memberikan galakan & sokongan kepada anak-anak. Minggu ke-2 kami membela Bingo & Blackie, pulang dari sekolah…Bingo dah terbaring…ingatkan tidur…rupa-rupanya sudah mati. Sedih…entah macam mana nak bagi tahu Hanif, Bingo sudah pergi selama-lamanya……..

Bobby & Blackie
Bobby dibeli menggantikan Bingo yang telah pergi untuk selama-lamanya…..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge