Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum w.b.t

 

Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam, dan moga amalan kita juga semakin bertambah berbanding hari semalam. In shaa Allah

Dulu, anak-anak kerap kali diserang demam panas, batuk-batuk yang berpanjangan dan selsema hinggakan akhirnya ianya akan berakhir di tahan di hospital kerana akhirnya anak-anak dah tak mahu makan dan minum lagi. Makanya ke hospital adalah jalan terakhir kami.

Alhamdulillah setelah menjadi pengguna Shaklee awal tahun 2015, kesihatan anak-anak menampakkan perubahan yang positif. Walaupun ketika kami menemui Shaklee, agak terlambat bagi penyakit tonsil Hanif, namun syukur pada Illahi kekerapan kami melawat hospital dapat dikurangkan.

Gaya hidup kami juga telah berubah. Bukan sahaja kami mengambil vitamin semulajadi Shaklee, kami juga belajar untuk makan makanan yang seimbang. Walaupun agak sukar lantaran kebiasaan kami kurang menjaga makanan yang kami ambil, sedikit demi sedikit kami cuba untuk mengamalkan makanan yang lebih sihat demi kehidupan yang lebih sihat dan cergas.

Bukan bab makanan sahaja yang kena jaga, bab senaman pun kena jaga juga. Anak-anak seperti biasa menghabiskan masa lapang mereka dengan berbasikal. Adakalanya kalau saya berkesempatan, saya akan bawa mereka ke Taman Hutan Bandar untuk beriadah di sana. Sesekali mengeluarkan penuh bersama-sama anak-anak seronok juga kan.

Semoga perkongsian yang sedikit pada hari ini dapat kita sama-sama amalkan untuk kehidupan yang lebih sihat dan cergas.

 

http://www.wasap.my/60102321261

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge