Derita angin pasang atau hernia.Azab rasanya!

Derita Angin Pasang Atau Hernia, Azab Rasanya!

Derita Angin Pasang atau Hernia

Apa Itu Angin Pasang atau Hernia?

Bila kita sebut sahaja angin pasang ataupun hernia pasti kita terbayangkan penyakit ini selalunya menyerang kaum adam. Sebenarnya angin pasang ataupun hernia ini bukan sahaja sinonim dengan kaum adam, kaum hawa juga tidak ketinggalan.

Pada kebiasannya penyakit angin pasang ataupun hernia ini akan menyerang apabila terdapat bahagian khusus dalam rongga perut yang mengawal fungsi alat kelamin.Hernia yang juga dikenali sebagai angin pasang surut kerana kewujudan bonjol yang tenggelam timbul.

Angin pasang atau hernia bukan sahaja menyerang orang dewasa, kanak-kanak juga sering diserang penyakit angin pasang atau hernia dengan kekerapan 3 hingga 5 kes daripada setiap 100 kelahiran.

Kebiasaannya ia lebih kerap menyerang anak lelaki berbanding anak perempuan.60% daripadanya berlaku pada bahagian kanan inguinal berbanding di bahagian kiri. 10% hingga 15% kes membabitkan kedua-dua bahagian (bilateral).

Angin pasang atau hernia ini lebih kerap terjadi ke atas anak-anak yang dilahirkan pramatang dengan kadar 40% hingga 55% disebabkan proses perkembangan bayi yang masih belum sempurna.

Jenis-jenis Angin Pasang atau Hernia

1.Inguinal Hernia

  • Penyakit ini terjadi di bahagian kelangkang
  • Hampir 75% Hernia adalah berpunca dari jenis ini
  • Hernia jenis ini boleh berlaku secara langsung atau tidak langsung
  • Angin pasang secara tidak langsung ini terjadi apabila kandungan bonjolan terkeluar melalui jalan yang pernah dilalui oleh testis(buah pelir) semasa perkembangan di peringkat janin dahulu.(Di peringkat awal janin, buah pelir berada di dalam abdomen dan semasa perkembangan berlaku ia turun ke bawah sehingga masuk ke dalam buah zakar).Jalan ini kebiasaannya akan tertutup sebelum bayi lahir, ia boleh menjadi tempat berlakunya hernia di kemudian hari.Kadangkala Hernia boleh membonjol sehingga ke dalam buah zakar.
  • Angin pasang secara langsung pula terjadi di kawasan dinding abdomen yang kurang tebal. Hernia jenis ini biasanya menyerang kaum adam yang di pertengahan usia.

 

2.Hernia Femoral

  • Saluran femoral merupakan jalan salur darah arteri,vena dan saraf femoral keluar daripada abdomen untuk memasuki kawasan peha.
  • Biasanya saluran ini ketat dan padat,adakalanya ia menjadi besar untuk membolehkan kandungan abdomen menonjol ke dalam saluran tersebut.
  • Angin pasang atau hernia jenis ini biasanya mempunyai bonjolan di bawah lipatan kelangkang dan tengah peha.
  • Kebiasaannya berlaku kepada wanita dan lebih berisiko untuk tidak bersifat surut/irreducible yang mana ianya tidak boleh ditolak masuk.

 

3.Hernia Hirisan

  • Pembedahan abdomen boleh mengakibatkan dinding abdomen boleh berubah dari segi struktur terutama di bahagian yang dihiris.Ia akan menyebabkan kawasan bekas hirisan ini menjadi lemah.Hernia boleh terjadi di bahagian yang dihiris ini.
  • Hernia bukanlah penyakit genetik dan boleh menyerang semua peringkat usia tidak kira muda atau tua
  • Hernia terjadi kepada bayi kebiasaannya kerana kurang sempurna proses di kawasan testis
  • Hernia pada dewasa pula berlaku kerana tekanan yang tinggi dalam rongga perut dan otot dinding perut yang lemah kerana faktor usia
Dimanakah Bahagian Hernia?

Bahagian-bahagian Hernia

  • Cincin
  • Kantung
  • Isi Hernia

 

Apabila bahagian yang lemah daripada otot dinding perut maka usus dapat keluar ke tempat yang tidak sewajarnya seperti:

  • Diafragma
  • Lipatan Peha
  • Pusat

 

Risiko Meningkatkan Angin Pasang Atau Hernia

  • Batuk yang kronik
  • Sukar membuang air besar
  • Pembesaran prostat
  • Mengangkat barang berat
  • Ada cecair di dalam ruang abdomen
  • Obesiti
  • Penyakit paru-paru kronik

 

Hernia akan meningkat sesuai dengan peningkatan usia. Ini adalah disebabkan jaringan yang menyokong usus semakin lemah dan terdapat penyakit yang dapat meningkatkan tekanan dalam perut. Rasa sakit yang berbeza, ada yang sakit apabila disentuh dan ada pula yang merasakan sakit walaupun sedang berdiri.

Hernia boleh jadi serius sekiranya berlaku kepitan isi hernia oleh cincin hernia.Pembuluh darah di kawasan tersebut lama-kelamaan akan mati dan menimbulkan penompokan racun.Jika dibiarkan, racun tersebut akan tersebar ke seluruh kawasan perut sehingga berlaku infeksi dalam tubuh.

Apakah Punca Penyakit Angin Pasang Atau Hernia Ini?

 Punca Terjadinya Angin Pasang Atau Hernia

 

  • Ketika janin terbentuk, bagi bayi lelaki, testis pada awalnya berada pada aras yang sama dengan ginjal dan organ testis akan bergerak ke arah kantung zakar mengikut panduan struktur gubernaculum, di bawah beberapa hormon.
  • Pergerakan testis ini dibahagiakan kepada 2 fasa yang terdiri daripada fasa abdomen dan fasa inguinal
  • Apabila struktur gubernaculum tiba di kawasan inguinal,ia akan melalui dan menarik selaput peritoneum yang kemudiannya dikenali sebagai selaput processus vaginalis.
  • Selaput processus vaginalis secara amnya akan mengecut dan tertutup sendiri ketika bayi berusia 36 hingga 40 minggu di dalam kandungan ibunya.Kegagalan selaput ini untuk mengecut dan tertutup akan menyebabkan adanya saluran yang berhubung antara kawasan abdomen dan kantung zakar.
  • Sekiranya lubang ke saluran itu halus,maka hanya unsur berupa air yang boleh melaluinya dan ianya dikenali sebagai hydrocoele.
  • Jika lubang ke saluran itu besar,iaitu keadaan angin pasang atau inguinal hernia di mana struktur seperti usu,kilang ovari dan pundi kencing berpotensi untuk masuk ke dalam selaput ini dan tersumbat.

Apakah Simptom Atau Tanda-tanda Awal Terjadinya Angin Pasang Atau Hernia?

 

Simptom atau Tanda-tanda Awal

  • Kawasan ari-ari (inguinal) atau kantung zakar membengkak
  • Kawasan yang bengkak kebiasaannya berlaku ketika anak menangis,berlari atau meneran dan bengkak tersebut boleh kekal atau surut selepas aktiviti tersebut.

 

Simptom Atau Tanda-tanda Kronik

  • Bengkak yang tidak surut disertai keadaan anak yang tidak selesa dan kesakitan
  • Perut kembung disusuli muntah-muntah
  • Anak tidak dapat berjalan dan sakit di bahagian ari-ari (seperti yang terjadi ke atas anak saya Hanif)
Bagaimana Angin Pasang atau Hernia Dirawati?

Kaedah Rawatan Angin Pasang atau Hernia

  • Mengikut pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby,tiada rawatan alternatif yang boleh mengubati penyakit ini melainkan melalui pembedahan herniotomy sekiranya si kecil anda sudah disahkan menghidap penyakit angin pasang atau hernia ini.
  • Keadaan berbeza jika si kecil anda mempunyai penyakit hydrocoele kerana lubang pada selaput hydrocoele adalah kecil dan kandungan kawasan bengkak hanyalah air dan tidak membawa risiko yang serius kepada si kecil anda.
  • Sekiranya terdapat tanda-tanda awal yang dapat di lihat pada si kecil anda, bawalah berjumpa dengan doktor dengan kadar segera bagi mendapatkan kepastian agar si kecil anda boleh mendapatkan rawatan segera.
  • Perlu diingatkan bahawa tiada sebarang teknik urutan atau kaedah rawatan tradisional yang dapat menyembuhkan penyakit angin pasang atau hernia ini sepenuhnya dan kaedah rawatan adalah menerusi pembedahan.

Atasi Angin Pasang atau Hernia dengan Vitamin Semulajadi Shaklee

Set Angin Pasang atau Hernia

Farah Wahida Binti Omar

SID Pro : Farah Wahida Binti Omar ( ID :1209756 )

Shaklee Products & Consultation

farahhelmee8@gmail.com

Disclaimer :

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati @ mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge