Cara Buat Bisnes Shaklee Online Dengan Mudah!
Formula Mulakan Bisnes Shaklee Online Dengan Mudah
1.P – Produk
Kalau takde produk, macam mane kita nak buat bisnes kan. Pastikan anda kenal dan jatuh cinta dengan produk-produk Shaklee terlebih dahulu. Tak kenal maka tak cinta. Dari mata turun ke hati…chewah….nak katanya jatuh cinta dan kenal betul-betul apa yang best tentang produk Shaklee baru semangat nak cerita kat orang lain.kan…dan adalah lebih baik lagi kalau anda dahulu gunakan produk Shaklee. Baru dapat bezakan dengan produk-produk lain yang kita pernah guna dahulu. Tak gituew?…?
Kenapa kena pilih Shaklee? Apa yang membuatkan Shaklee berbeza dan menjadikannya pilihan utama saya dalam berbisnes? Hmm..jemput baca yer…apa yang membuatkan produk Shaklee berbeza dengan produk yang lain.
2.P – Platform
Mulakan dengan platform yang kita dah biasa guna. Kita biasa gunakan Facebook dan Instagram katakan, maka kita mulakan bisnes kita menggunakan dua platform ini terlebih dahulu. Dalam group kami, kita ada mentor yang akan membantu kita menggunakan platform-platform ini antaranya melalui blog. Kita akan diajar from “zero to hero”….
Banyak yang saya pelajari dalam Team Cergas Shaklee yang saya sertai. Daripada seorang yang buta tentang blog, alhamdulillah kini sudah tahu menggunakan WordPress pula (alhamdulillah). Terima kasih kepada Coordinator saya Puan Farha Maskuriy yang banyak membantu dan tidak putus-putus memberikan tunjuk ajar. Begitu juga Supervisor saya, Puan Zaleha Awalludin yang tidak pernah kenal erti penat sepanjang mengajar saya.
Shaklee bukan sahaja berkongsi tentang ilmu untuk menjadi lebih sihat, malah membantu golongan yang memerlukan untuk belajar cara buat bisnes online dengan mudah. Bukan mudah nak senang, dan bukan susah nak senang…yang penting rajin mencari ilmu kan….Yang bestnya group kami ni saling bantu-membantu, saling memberi galakan…pendek kata berniaga dalam jemaah ni banyak kelebihannya dari buat sorang-sorang. Tak pandai….Leader-leader kami sentiasa ada sebagai rujukan… yang penting usaha.
3.P – Pemasaran
Kenapa Saya Memilih Shaklee Untuk Memulakan Bisnes?
1.Modal Permulaan Yang Kecil
Bisnes Shaklee tidak memerlukan modal yang besar macam bisnes yang lain. Percaya atau tidak kita boleh memulakan bisnes online kita TANPA MODAL. Hanya berbekalkan RM79.80 (Semenanjung Malaysia). Jika anda nak daftar terus di mana-mana cawangan Shaklee pun boleh.Anda hanya perlu belanjakan RM68.90 untuk satu set member kit Shaklee. Tambahan RM10.60 adalah kos tambahan seandainya anda mahu member kit tu terus di poskan ke rumah.
Tak susah kan…tak cecah pun RM100….Bayaran itu pun untuk melayakkan kita untuk menjadi ahli Shaklee seterusnya membina empayar perniagaan kita sendiri. Dengar cam mustahil kan? Tapi, sebenarnya dengan usaha , In Shaa Allah kita boleh berjaya. Tiada yang mudah dalam hidup ini. Semuanya memerlukan usaha yang gigih untuk berjaya. Kalau dok goyang kaki tunggu rezki datang bergolek…hmm…memang tak lah kan….
2.Group Jutawan Shaklee Yang Terkenal Hingga Ke USA
3.Sistem Yang Adil
Ramai jer yang dah capai rank Master Coordinator. Sedangkan upline masih ketinggalan kebelakang. Pendek kata siapa usaha dialah yang dapat.
4.Pemasaran Berdasarkan Produk Bukan Head Hunting
Pemasaran kami di Shaklee adalah berdasarkan produk yang kami jual bukanlah berdasarkan cari orang di bawah kami. Tak perlulah kita nak cari orang untuk berada di bawah kita macam sistem piramid tu. Dalam Shaklee kami tidak dibenarkan sama sekali menggunakan konsep piramid ni. Dalam Shaklee kami lebih banyak berkongsi produk yang kami gunakan. Memberikan didikan kepada orang di luar sana bagaimana pentingnya menjaga kesihatan.
5.Pasaran Yang Luas
Produk Shaklee mempunyai pasaran yang amat luas bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara sekalipun. Gaya hidup kita pada hari ini yang tidak sihat dan agak stress, persekitaran yang dicemari dengan pelbagai pencemaran alam, menyebabkan kualiti kesihatan kita makin rendah. Bukan sedikit perbelanjaan yang kita belanjakan untuk mendapatkan rawatan. Itu bagi yang mampu, bagaimana pula bagi mereka yang tidak mampu?…..
Disinilah pentingnya Shaklee untuk mendidik orang-orang di luar sana agar hidup dengan lebih sihat.
Suplemen Shaklee terbukti keberkesanannya. Pelbagai research dilakukan sebelum satu-satu suplemen Shaklee dikeluarkan. Bukan satu atau dua …malah beratus-ratus ujian dijalankan bagi memastikan tubuh badan kita mendapat suplemen yang terbaik.
Bagi saya, bisnes Shaklee ini amatlah baik terutamanya bagi mereka yang suka bekerja dari rumah. Tak perlu risaukan anak-anak, sambil bisnes …sambil menguruskan anak-anak. Anak-anak membesar di depan mata.Seronok kan?….Apa tunggu lagi, saya sedia membantu anda. Join group kami, kami akan pastikan anda berjaya, namun jangan lupa….yang penting usaha….bak kata Wonder Pet…”Apa yang penting….kerjasama…???
Bagus entri Farah at least dapat membuka peluang kepada mereka yang berminat.. All the best to you dear..
Thanks….I am LZ… 🙂