Cabaran 31 Hari Detox Shaklee

Cabaran 31 Hari Detox Shaklee

Ketika artikel ini ditulis, saya berada di akhir Program Post Raya Detox bersama-sama group kelolaan Master Lyna Noh yang terdiri daripada 15 orang ahli dan 3 orang Coach sebagai pembimbing sepanjang program ini berjalan.Tak sabar kan nak share, maka hari ini saya nak tulis tentang cabaran 31 hari Detox Shaklee.

Hari ini merupakan hari terakhir iaitu hari ke-31 saya berada dalam program ini alhamdulillah saya telah  kehilangan berat badan sebanyak 2kg dan yang paling seronok sekali apabila terdapat inch loss pada beberapa bahagian badan saya seperti punggung,pinggang,dada,lengan,perut dan peha. Bayangkan seluar track suit yang selalu saya pakai bersaiz 3XL kini saya sudah boleh memakai seluar bersaiz XL. Siapa yang tidak gembira kan.Rasa nak meloncat dan menjerit “Alhamdulillah, aku berjaya”.Tiada yang mustahil dalam dunia ni kan asalkan kita berusaha.In sha Allah ilmu Detox Shaklee yang telah saya pelajari akan terus dimanfaatkan. Hinggalah saya berjaya mencapai berat ideal kelak.

Perjalanan Detox saya pada 7 hari pertama sedikit mencabar. Mana tak mencabarnya, 7 hari pertama pengembaraan Detox Shaklee saya bermula dengan serat untuk membuang segala sisa pepejal dari tubuh badan dan meneutralkan sistem pencernaan saya. Bermula dengan sarapan, makan tengah hari hinggalah makan malam semuanya adalah hidangan salad dan buah-buahan. Sebelum join Detox Shaklee ni, semua hidangan seharian saya bermula dengan makanan berat setiap hari. Sebagai guru nak atau tidak saya perlu ambil sarapan terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas.Kalau tidak alamatnya tak makanlah sampai waktu balik kerana tugas perlu diutamakan.Biasanya sarapan pagi kami menu yang berat seperti nasi berlauk,mee hoon goreng, nagi goreng dan kuih-muih.Nak mudah punya pasal makanya wujudlah menu Branch = Breakfast+Lunch .Paling mudah nasi berlauk la jadi pilihan. Mana la berat tak naik mendadak. Nafsu makan tidak dapat di kawal lantaran rutin yang sebegitu rupa.Tiba-tiba menu saya bertukar kepada salad dan buah-buahan sahaja. Bayangkanlah…

Pada awalnya saya terasa sukarnya cabaran 31 hari Detox Shaklee ini. Hari pertama jer rasa macam nak kena gastrik. Seawal 2 pagi saya dah berlari-lari anak ke tandas. Fuh…lega rasanya. Rupanya pembuangan toksin sudah pun bermula. Sakit perut yang saya rasakan tadi bukanlah kerana gastrik.Rupa-rupanya segala mak nenek toksin tak sabar-sabar nak keluar. Alhamdulillah, rasa ringan badan. Detox Shaklee bukan sekadar makan salad dan buah-buahan sahaja. Saya juga mengambil beberapa vitamin semulajadi Shaklee sepanjang cabaran 31 hari Detox Shaklee ni. Nak tahu? Teruskan membaca yer.

Sepanjang cabaran 31 hari Detox Shaklee ini juga saya juga diajar untuk memulakan senaman ringan. Sudah agak lama saya meninggalkan senaman. Kenapa? Malas mungkin. Balik sahaja dari sekolah sudah kepenatan. Tidur petang menjadi pilihan saya.Melepaskan penat kononnya.Mana la berat tak naik mendadak. Dulu berat  saya hanya 56kg sahaja. Semasa saya mulakan Cabaran 31 Hari Detox Shaklee ini berat saya sudah mencecah 76kg.Bayangkan la betapa comelnya saya.Cabaran 31 Hari Detox Shaklee ini rupa-rupanya menjadi titik tolak perubahan dalam hidup ke arah cara hidup yang lebih sihat.Zaman serba-serbi online ni mudah sangat nak bersenam. Google je lah kat U-Tube, semua ada. Nak atau tidak je kan. Maka bermulalah pengembaraan saya bersama 14 lagi peserta yang lain dengan dipantau oleh 3 coach yang akan memantau segala resepi makanan yang kami ambil.

Hari ke-4 kami dah boleh tambah sumber protein dalam hidangan kami.Sumber protein yang baik dapat meningkatkan jisim otot malah dapat membekalkan tenaga dari sejam ke jam seterusnya. Alhamdulillah, walaupun pada awalnya ada kerisauan di hati saya kerana saya merupakan penghidap gastrik, saya dapat melalui program Cabaran 31 Hari Detox Shaklee ini dengan jayanya.

Apa yang seronoknya berada dalam program Cabaran 31 Hari Detox Shaklee ini? Seronok bila kita bersama-sama dalam group, berkongsi resepi dan senaman yang kita lakukan setiap hari.Secara tidak langsung kami saling memberikan sokongan antara satu sama lain. Sekiranya ada peserta yang rasa down,maka kami akan sama-sama memberikan kata-kata semangat sehinggalah kami termotivasi untuk kembali ke matlamat asal kami, Cabaran 31 Hari Detox Shaklee. Dalam program ini juga, kita diajar untuk makan secara suku-suku separuh. Apa itu suku-suku separuh? Makan yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu suku bahagian karbohidrat, suku bahagian protin dan separuh bahagian terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Senaman pula perlu dilakukan setiap hari secara konsisten.

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari terakhir saya dalam program Cabaran 31 Hari Detox Shaklee, saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 2kg. In shaa Allah saya teruskan program ini sehinggalah mencapai berat badan yang ideal.

Mengapa Kita Perlu Detox?

Mengapa kita perlu Detox? Saja untuk suka-sukakah? Setiap hari tubuh badan kita terdedah kepada toksin dari persekitan,pemakanan yang tidak sihat,dan tekanan hidup yang melanda hari-hari kita.Pendedahan yang berterusan dan kerapkali berlaku ini akan menyebabkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin menjadi semakin lemah.Apabila berlakunya pengumpulan toksin secara berterusan akan mengakibatkan pelbagai penyakit mula muncul. Amalan Detox secara berkala ini dapat membuang toksin dari badan dan menyediakan sistem penghadaman yang lebih sihat serta menampilkan kulit yang lebih sihat dan bertambah berseri dan menjadikan tubuh mantap dan cantik.

Set Detox Shaklee terdiri daripada adunan sinergi herba lembut dan pelbagai nutrien.Set Detox ini dapat membantu anda dalam menyokong proses detoksifikasi harian yang sedang anda jalani secara semula jadi.Dapatkan Set Detox Shaklee hari ini bagi menyokong anda.

 

Apakah manfaat yang kita akan perolehi dalam Detox ini?

1.Anda bukan sahaja dapat membuang toksin dari badan, sekaligus dapat menurunkan berat badan.

2.Kolon anda lebih sihat.

3.Dapat meningkatkan tenaga anda.

4.Anda dapat mengawal nasfu makan dan bertukar kepada pelan pemakanan yang lebih sihat.

5.Menjadikan kulit lebih cantik dan berseri.

6.Dapat membantu anda menguatkan sistem imun badan anda.

7.Tidur anda lebih lena daripada biasa.

 

Dapatkan Set Detox Shaklee anda hari ini.

Set Detox Shaklee

Cabaran 31 Hari Detox Shaklee

DTX Complex

Cabaran 31 Hari Detox Shaklee

Dicipta untuk membekalkan nutrisi yang menyokong dan merangsang fungsi hati yang sihat.

Herb-Lax

Cabaran 31 Hari Detox Shaklee2

Digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit ringan dan untuk menyokong pergerakan usus.

Alfalfa Complex

Cabaran 31 Hari Detox Shaklee3

 

Dikenali sebagai gudang nutrien. Akar tunjangnya mencecah sedalam 6 meter, membekalkan pelbagai nutrien dan mineral.

Peppermint-Ginger Plus

Cabaran 31 Hari Detox Shaklee4

Membekalkan herba semula jadi untuk memberi kelegaan kepada sistem penghadaman anda.

Vivix

Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

Testimoni Detox Shaklee

Cabaran 31 Hari Detox Shaklee9

2 thoughts on “Cabaran 31 Hari Detox Shaklee”

    1. Betul, best sangat. Rasa ringan badan dan tak boleh ambil makanan berkarbohidrat terlalu banyak kerana sudah terbiasa dengan suku-suku separuh.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge