Bagaimana Saya Bermula Dengan Shaklee dan Akhirnya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Bagaimana Saya Bermula Dengan Shaklee dan Akhirnya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Bagaimana Saya Bermula Dengan Shaklee

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t yang menemukan saya dengan Shaklee. Hari ini nak cerita bagaimana saya bermula dengan Shaklee dan akhirnya jatuh cinta dengan Shaklee. Bertahun-tahun saya menghidap penyakit asma dan akhirnya benarlah dalam Hadith Bukhari menyebut,

“Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan Dia juga menurunkan penawarnya”

Bermula mengandungkan anak yang sulung pada akhir tahun 2007, di akhir trimester ketiga saya mengalami masalah batuk-batuk yang agak lama. Sukar untuk bercakap, perut rasa macam cramp pun ada. Dah bermacam-macam ubat saya telan, dah bermacam-macam doktor saya jumpa. Dari doktor pakar hinggalah perubatan islam, semuanya saya redah demi anak sulungku sayang yang masih di dalam kandungan. Akhirnya saya didiagnosis menghidap penyakit asma. Batuk-batuk yang menyerang berulang kali ini rupanya antara tanda-tanda saya terkena asma.

Awal 2008, saya di tempatkan di SK Lereh, Melaka buat pertama kalinya. Diberikan tugas memegang jawatan guru kelas Tahun 3 Berlian, di tingkat empat serta mengajar kelas Pendidikan Jasmani. Bayangkan dalam keadaan mengandung dan lelah, saya terpaksa memanjat tingkat 4 untuk mengajar kemudian ke padang sekolah untuk melatih murid. Demi tugas ku turutkan jua. Lari dari opsyen saya yang sebenar. Kalau ikutkan opsyen sebenar, saya sepatutnya mengajar di kelas prasekolah. Namun ketika itu perluasan prasekolah masih belum meluas di Melaka.

Bagaimana saya bermula dengan Shaklee dan akhirnya jatuh cinta dengan Shaklee
Anis Umairah

Tatkala melahirkan anak sulung pada 6 Jun 2008, bermulalah episod kehidupan kami bersama anak sulung kami Anis Umairah binti Mohammed Helmee. Anis, kerap kali diserang demam disebabkan jangkitan kuman, selsema dan batuk-batuk. Hospital merupakan rumah kami yang kedua. Berulang-alik dari rumah ke hospital sangat melelahkan. Namun bila diingat-ingatkan kembali betapa gembiranya kami bila Allah anugerahkan Anis, maka bertabahlah. Bukan setakat hospital, kami juga membawa Anis berubat secara perubatan Islam. Padahal saya pernah terjumpa Shaklee di rumah Mak Su. Kerana Mak Su merupakan pengguna tegar Shaklee. Namun, kerana harganya yang mahal, saya lupakan begitu sahaja. Tak terfikir ketika itu untuk mendapatkan Shaklee sebagai makanan tambahan untuk Anis.

Bagaimana saya bermula dengan Shaklee dan akhirnya jatuh cinta dengan Shaklee (2)
Anis Umairah & Muhammad Hanif

 

Seterusnya pada tahun 2009, saya mengandungkan anak yang kedua Muhammad Hanif bin Mohammed Helmee. Perkara yang sama terjadi kepada saya, trimester ketiga saya diserang batuk-batuk yang sukar dirawat hinggakan sukar untuk bercakap. Bayangkan seorang guru, ditarik suaranya. Masa tu hanya Allah yang tahu perasaan saya, rasa macam nak berhenti kerja sahaja. Tentu seronok berada di rumah. Mengingatkan ada mulut-mulut kecil yang minta disuap, ada ibu bapa yang perlu dibantu, ada hutang PTPTN yang perlu dibayar. Ku gagahkan jua diri ini. Masa itu, tak sedar pun keistimewaan Shaklee yang boleh bantu saya untuk keluar dari masalah ini. Rasa rugi sangat. Dah terlalu banyak masa dibazirkan. Namun ketentuan Allah, kita merancang Allah juga merancang, namun perancangan Allah jua yang terbaik.

Pada tahun 2014, dengan izin suami saya minta dipindahkan ke Johor Bahru agar dapat menumpang kasih keluarga di Johor. Perit rasanya meninggalkan suami di Melaka bersendirian. Namun kami terpaksa berkorban demi anak-anak.Sekurang-kurangnya jika salah seorang anak kami sakit, dapatlah saya menumpang kasih ibu di rumah ibu tambahan pula ayah mertua telah didiagnosis sebagai pesakit kanser prostat tahap 4. Sudah sampai masanya untuk kami kembali ke kampung halaman. Suami pula dapat pindah ke Pengerang selepas bulan puasa tahun 2017 baru-baru ini. Perancangan Allah sangat sempurna, baru-baru ini ibu mertua yang telah banyak membantu kami pergi mengadap Illahi tanpa sebarang tanda, tanpa sebarang sakit. Suami pernah meluahkan rasa hatinya, katanya “pilihan kita untuk kembali ke kampung bukanlah sia-sia”.

Bagaimana-saya-bermula-dengan-Shaklee-dan-akhirnya-jatuh-cinta-dengan-Shaklee-2
Anis & Hanif semakin sihat, alhamdulillah

Akhirnya Saya Jatuh Cinta Dengan Shaklee

Sehinggalah pada 23.8.2015 saya menjadi ahli Shaklee sekadar untuk mencuba Shaklee untuk anak-anak. Saya bermula dengan Nutriferon, Omega Guard, dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan antibodi anak-anak untuk melawan penyakit. Terima kasih kepada Zaleha Abdul Salam yang tak putus-putus memberi konsultansi kepada saya. Pendek kata tak pernah dia jemu melayan pertanyaan saya.

Akhirnya tahun 2017 ini telah merubah hidup saya. Dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, anak-anak yang masih bersekolah, suami yang bekerja jauh, mak abah yang selalu sakit-sakit, ayah mertua pula menghidap kanser, saya tersedar bahawa belum terlambat jika saya ingin memulakan bisnes Shaklee demi keluarga yang tercinta. Moga saya masih belum terlambat untuk membahagiakan mereka. Saya perlu membalas jasa dan pengorbanan mereka. Bukan sahaja dari segi kewangan, malah untuk kesihatan mereka. Maka bermulalah perjalanan saya bersama Shaklee. Perjalanan yang memerlukan pengorbanan masa dan usaha yang bukan sedikit untuk memajukan diri. Niat saya, bukan sahaja untuk mencari ilmu kesihatan agar dapat saya dan keluarga amalkan bahkan untuk membantu orang-orang di luar sana untuk memahami cara menjaga kesihatan yang sebenarnya.

Kalau dulu kami selalu makan makanan ringan seperti burger, hot dog, nugget, sosej dan banyak lagi, sudah sampai masanya untuk saya berubah dan mengamalkan cara hidup yang lebih sihat. Seterusnya memberikan kesedaran yang sama kepada orang-orang di luar sana.

Dengan konsultansi dan tunjuk ajar dari Supervisor saya Zaleha Abdul Salam dan Koordinator saya Farha Maskuriy, alhamdulillah saya berada dalam bisnes Shaklee pada hari ini. Rasa macam bermimpi yang tak bangun-bangun dari tidur kerana saya kini bukan lagi saya yang dahulu. Dahulu, saya seorang yang buta tentang blog, wordpress, facebook dan instagram. Namun kini saya sudah tahu menggunakan medium-medium tersebut sebagai alat pemasaran saya. Disokong oleh Team Cergas (Farha Maskuriy) saya terus bangkit. Tu belum masuk cerita Group Leaders oleh Master Lyna lagi. Banyak yang saya pelajari dalam Group Leaders. Daripada seorang yang malu untuk berkata-kata, kini rasanya saya sudah boleh berdiri di hadapan khalayak ramai.

Bukan mudah rupanya untuk berbisnes. Namun tiada yang mustahil asalkan kita rajin belajar dan berusaha. Dengan Shaklee, bukan sahaja saya mendapat ilmu tentang kesihatan, ilmu tentang bisnes malah dapat mengeratkan silaturrahim. Apa yang penting ilmu kesihatan itu perlu diamalkan dan dikongsi bersama orang-orang di luar sana supaya kita sedar bahawa setiap penyakit ada penawarnya, namun kita yang perlu mencarinya.

Begitulah bagaimana saya bermula dengan Shaklee dan akhirnya jatuh cinta dengan Shaklee. Perlukan tunjuk ajar saya? Boleh sahaja, boleh hubungi saya seperti nombor yang tertera di bawah ye.

 

Bagaimana saya bermula dengan Shaklee dan akhirnya jatuh cinta dengan Shaklee
Farah.010.232.1261

 

Kami juga masih memerlukan Pengedar Shaklee di kawasan berikut;

Pengedar Shaklee Pusat Bandaraya

Pengedar Shaklee Nusajaya

Pengedar Shaklee Puteri Habour

Pengedar Shaklee Desa Tebrau

Pengedar Shaklee Bukit Indah

Pengedar Shaklee Ulu Tiram

Pengedar Shaklee Stulang

Pengedar Shaklee Taman Perling

Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Pengedar Shaklee Permas Jaya

Pengedar Shaklee Sungai Tiram

Pengedar Shaklee Tebrau

Pengedar Shaklee Plentong

Pengedar Shaklee Pulai/Jelutong

Pengedar Shaklee Tanjung Kupang

Pengedar Shaklee Mukim Bandar

 

 

 

 

6 thoughts on “Bagaimana Saya Bermula Dengan Shaklee dan Akhirnya Jatuh Cinta Dengan Shaklee”

  1. Pingback: 9 Testimoni Herbal Blend-Krim Herba Semulajadi Bebas Paraben Mesra Seisi Rumah

  2. Pingback: 1001 Cerita Tentang Nutriferon Si Pengganti Panadol Yang Lebih Baik

  3. Pingback: Promosi Shaklee Februari 2018 Yang Fokus Untuk Kecantikan & Kesihatan

  4. Pingback: Youth Skincare - Set Penjagaan Kulit Wajah Premium Untuk Kekal Muda Jelita

  5. Pingback: Senarai Harga Shaklee 2018

  6. Pingback: Senarai Kimia Berbahaya Tiada Dalam Produk Youth Skincare

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge