Bagaimana Asma Dirawat

Bagaimana Asma Dirawat?

Secara Umumnya Terdapat 2 Jenis Kumpulan Ubat Pam Asma

1.Ubat pam (inhaler) bertindak sebagai ubat pelega yang cepat

  • Bagaimana asma dirawat menggunakan Ubat ini ialah untuk melegakan pernafasan dan menghentikan serangan asma
  • Ubat ini juga boleh digunakan sebelum anak-anak melaksanakan aktiviti lasak seperti bermain bola, dan sebagainya sekiranya kita dapat kesan antara penyebab serangan asma ke atas anak-anak berpunca dari aktiviti lasak seperti bersukan.
  • Ubat ini dapat mengurangkan serangan asma berlaku
  • Ubat ini juga berfungsi meluaskan saluran pernafasan dan melegakan pernafasan

2.Ubat pam (inhaler) steroid bertindak sebagai pengawal dan pencegah asma.

  • Ubat pam jenis ini mula diberikan kepada pesakit asma di mana penyakitnya tidak terkawal dan serius
  • Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan bengkak dan radang pada saluran pernafasan seterusnya mencegah serangan asma
  • Ubat ini tidak mengandungi pelega cepat. Ini bermakna ia tidak sesuai digunakan ketika serangan asma sedang berlaku
  • Ubat ini memerlukan jangka masa yang agak panjang untuk menampakkan keberkesanannya. Maka ianya perlulah diambil setiap hari untuk impak yang positif
  • Setelah asma terkawal, doktor akan mengurangkan penggunaannya secara perlahan-lahan dan akhirnya menghentikannya
  • Tempoh penggunaannya bergantung kepada individu dan tahap keseriusan asma
  • Ia juga bergantung kepada keadaan dan kawalan asma
  • Kanak-kanak yang menggunkan ubat jenis ini perlulah dipantau penggunaannya oleh pakar kanak-kanak
 

Adakah Ubat Pam (inhaler) Selamat Digunakan untuk Kanak-kanak?

  • Ubat asma adalah selamat digunakan selagi mana kita mengikut arahan dan panduan yang diberikan oleh doktor
  • Ubat yang diambil melalui inhaler juga hanya bertindak dan diserap melalui pernafasan tidak melalui penyerapan darah bermakna ia mengurangkan kadar kesan sampingan kepada pesakit asma
  • Ada diantara ibu bapa yang risau apabila anak-anak terlalu bergantung kepada pam inhaler ini. Begitu juga dengan saya, kerana Hanif selalu menggunakannya. Namun seperti yang saya katakan tadi, selagi kita mengikut panduan dan mendapatkan pemantauan dari doktor pakar kanak-kanak, kita tidak perlu risau. 
 

Adakah Pesakit Asma akan Bergantung Kepada Ubat Seumur Hidup?

Kebanyakan pesakit asma akan terkawal penyakitnya seiring dengan peningkatan usianya. Namun ada juga kes-kes yang akan mengalami penyakit asma ini sehingga dewasa. 60% pesakit asma tidak lagi mendapat penyakit asma selepas berumur 6 tahun. 

Namun, seperti Hanif, penyakit asmanya baru bermula. Kerana itulah saya mencari alternatif lain untuk mengurangkan kesan penyakit asma kepada Hanif. Perbelanjaan kami keluar masuk hospital bukanlah murah. Memikirkan tentang perbelanjaan yang semakin lama semakin naik, kenapa tidak ibu mencuba produk Shaklee. Betrul tak?

Mengapa Ibu Memilih Untuk Mengurangkan Penyakit Asma Hanif Dengan Shaklee?

Seperti yang ibu nyatakan sebelum ini, rawatan yang kami dapatkan di hospital bukanlah murah. Bermula serangan sebulan sekali, menjadi 2 minggu sekali hinggakan menjejak seminggu sekali. Klinik dan hospital bagaikan rumah kedua bagi kami. Berulang alik ke klinik adalah perkara biasa bagi ibu.
Ibu mertualah yang banyak membantu ibu (Al-Fatihah – Khatijah binti Duetang ). Ibu mertua telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 November 2017/Ahad 7.15 malam ketika selesai mandi untuk menunaikan solat maghrib. Kami berada di hospital ketika itu kerana Hanif demam disebabkan jangkitan kuman. Terasa baru sahaja bertemu petang itu, ibu mertua bekalkan lauk kegemaran suami. Seusai kami habis menikmakti lauk ibu mertua di wad hospital, kami mendapat panggilan telefon yang menyatakan ibu mertua sudah pergi meninggalkan kami untuk menemui penciptanya.Allahurabbi, sebak sungguh rasa hati, saat ibu menulis kata-kata ini pun ntah keberapa kali air mata mengalir mengingatkan pengorbanan ibu mertua pada ibu. Walaupun hanya ibu mertua, ibu dah seperti anaknya sendiri.Moga Allah tempatkan ibu mertua dikalangan hamba-hambaNya yang soleh dan solehah.
2 minggu ibu menyibukkan diri, bila pulang ke rumah ayah mertua, terasa-rasa ibu mertua masih ada. 2 minggu ibu menyibukkan diri. Berhenti menulis. Meninggalkan segala tugasan. Namun, Group Cergas iReach Shaklee banyak memberikan dorongan dan semangat untuk ibu teruskan kehidupan seperti biasa. Hidup perlu diteruskan. Dunia untuk diurus bukan untuk dirisaukan….
Pesakit asma seperti kami, amat mudah untuk mendapat jangkitan. Antibodi tidak kuat menyebabkan kami mudah dijangkiti. Hanif, bukan setakat menghadapi penyakit asma, pernah melakukan pembedahan pembuangan tosil juga pembedahan pembuangan adenoid. Akan ibu ceritakan satu persatu selepas ini. In shaa Allah.
Berbalik kepada, mengapa ibu memilih Shaklee untuk merawat penyakit asma Hanif? Sudah tentu kerana, setelah ibu meneliti beberapa produk Shaklee yang berkaitan dengan asma, ibu percaya Shaklee boleh membantu untuk meringankan penyakit asma Hanif. Terbukti apabila ibu memulakan dengan produk Omega Guard, Nutriferon, Vitamin C, Meal Shakes dan yang terbaru Vita-Lea for children. Produk-produk Shaklee ini merupakan vitamin / makanan tambahan bagi membantu untuk mendapatkan antibodi yang labih kuat bagi melawan penyakit. Alhamdulillah, Hanif kurang demamnya, batuknya, selsemanya, ……namun masih belum berada di tahap selesa kerana kadangkala asma menyerang tidak mengira waktu.

Ibu dah cuba beberapa produk Shaklee untuk anak-anak ibu, Hanif dan Anis. Anis, alhamdulillah semakin meningkat usianya, semakin sihat. Anda juga mahu mencuba? Boleh dapatkannya melalui   E-Sell di bawah, atau boleh bersembang-sembang dengan ibu untuk sebarang pertanyaan melalui nombor yang tertera di bawah.

 

Bagaimana Asma Dirawat

1.Omega Guard

Bagaimana Asma Dirawat

2.Nutriferon

Bagaimana Asma Dirawat

3.Sustained Release Vita-C Plus

Bagaimana Asma Dirawat

4.Meal Shakes

Bagaimana Asma Dirawat

5.Vita-Lea for Children

Bagaimana Asma Dirawat

?Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati @ mencegah sebarang penyakit

 

Bagaimana Asma Dirawat

 

Bagaimana Asma Dirawat

 

Bagaimana Asma Dirawat

 

Bagaimana Asma Dirawat

 

Bagaimana Asma Dirawat

 

Bagaimana Asma Dirawat

2 thoughts on “Bagaimana Asma Dirawat?”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge