Atasi Angin Berkepul-kepul Dalam Badan dengan Peppermint Ginger Plus2

Atasi Angin Berkepul-kepul Dalam Badan dengan Peppermint Ginger Plus

Atasi Angin Berkepul-kepul Dalam Badan dengan Peppermint Ginger Plus

Atasi Masalah Angin Anda Dengan Peppermint Ginger Plus

 

Selalu sangat kalau lambat makan, saya akan diserang gastrik, memulas-mulas perut tidak terkata. Nak muntah pun ada. Kadangkala ada juga masanya saya terlewat ambil makanan pada waktu yang sepatutnya menjadikan gastrik saya bertambah teruk.

Kesian anak-anak, waktu-waktu saya sakit ni, terpaksalah mereka menguruskan diri sendiri. Alhamdulillah mereka dah semakin besar dan sihat untuk membantu saya di rumah. Masa-masa begini memang nak tak nak terpaksalah makan apa yang ada di rumah. Biasanya memang ada stok roti dan biskut.

Sejak saya bertemu dengan Peppermint Ginger Plus Shaklee ni, alhamdulillah masalah gastrik saya dapat diatasi dengan lebih mudah tanpa perlu bertemu dengan doktor mahupun menelan berpaket-paket Gaviscon semata-mata nak hilangkan sakit akibat gastrik tadi.

Kalau bulan puasa biasanya kena standby Gaviscon, Alhamdulillah sudah ketemu penawarnya hanya dengan beberapa biji Peppermint Ginger Plus, In Shaa Allah sakit perut ini mulai beransur berkurang sakitnya

Tahun lepas ada sekali saya mengikuti program Detox bersama Shaklee, hari pertama makan mengikut jadual yang diberikan membuatkan saya rasa sangat tertekan  dan rasa tak boleh nak teruskan.Apa tidaknya, perut memulas-mulas tapi tiada apa yang keluar,rasa nak muntah, perut sakit bukan main lagi. Cepat-cepat saya dapatkan Peppermint Ginger Plus. Alhamdulillah perut beransur lega dan tengah malamnya perut memuntahkan segala isinya. Barulah rasa sangat selesa.

 

Apa Istimewanya Peppermint Ginger Plus Ni?

Banyak keistimewaan Peppermint Ginger Plus ni antaranya ialah:

  • Dapat membantu melegakan otot perut
  • Dapat membantu mengurangkan simptom-simptom demam
  • Dapat melancarkan sistem penghadaman
  • Dapat membantu dalam melegakan cirit-birit, pedih ulu hati dan gastrik
  • Dapat meningkatkan daya fokus
  • Dapat menghalang daripada muntah selepas pembedahan
  • Dapat mengurangkan dan mencegah masalah kembung perut
  • Dapat melegakan haba pada musim sejuk / panas
  • Dapat membantu melegakan / mengurangkan simptom-simptom morning sickness
  • Dapat melegakan senak perut

1 thought on “Atasi Angin Berkepul-kepul Dalam Badan dengan Peppermint Ginger Plus”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge