Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Fibroid?

Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Fibroid?

Apa Itu Fibroid?

 

  • Fibroid atau nama lainnya ‘Leiomyoma’ atau ‘Myoma’ merupakan sejenis ketumbuhan biasa yang terbentuk daripada dinding atau ott rahim (uterus).
  • Fibroid boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda dan is merupakan perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur (reproductive).
  • 20% wanita usia subur mempunyai fibroid dan jarang sekali dialami oleh wanita muda sebelum haid.
  • Ketumbuhan ini kebiasaannya akan mengecut selepas menopaus.

 

Jenis-jenis Fibroid

 

  • Fibroid submukus – membesar daripada bahagian bawah salutan rahim ke bahagian dalam rahim.
  • Fibroid Intramural – membesar di antara otot rahim pada bahagian dinding
  • Fibroid Subserus – membesar di luar dinding rahim
  • Fibroid Pedunkal – membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau permukaan bahagian dalam rahim dan kadang kala menjalar keluar dari serviks (pangkal rahim)

 

Simptom atau Tanda-tanda Anda Mengalami Fibroid

 

Pada kebiasaannya, hampir kebanyakan wanita tidak menunjukkan siptom atau tanda yang nyata. Ia bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid di dalam rahim. Ianya juga dipengaruhi oleh jarak fibroid  daripad servik.

Antara tanda-tanda yang dapat dikesan ialah:

  • Terasa senak di bahagian bawah abdomen atau tekanan pada bahagian pelvis.
  • Rasa sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang
  • Kerapkali diserang senggugut
  • Menghadapi masalah pendarahan yang abnormal seperti pendarahan antara kitaran haid, mengalami tempoh haid yang panjang dan darah haid yang banyak
  • Mengalami kesakitan ketika mengadakan hubungan kelamin (fibroid terlalu besar)
  • Kerapkali mengalami kencing tidak lawas (tekanan pada bahagian pundi kencing)
  • Di serang sembelit (tekanan pada bahagian rektum

 

Apa Komplikasi Sekiranya Anda Mengalami Fibroid?

 

  • Lebih kurang 3% daripada penghidap fibroid mempunyai masalah kesukaran untuk hamil
  • Kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan akan menyebabkan kesukaran untuk perlekatan embrio pada dinding rahim
  • Jika fibroid itu terlalu besar, ia akan menyebabkan salur fallopian tersumbat dan akan mengakibatkan seseorang itu sukar untuk hamil
  • Fibroid yang dialami ketika hamil akan menyebabkan rasa sakit dan tekanan pada bahagian pelvik dan menjadi punca kelahiran tidak cukup bulan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge