Apa Yang Best Sangat Tentang B Complex Ni?

Apa Yang Best Sangat Tentang B-Complex Ni?

Keistimewaan B Complex Kepada Kita

 

Apalah agaknya yang istimewa sangat tentang B-Complex ni pada tubuh badan kita? Antara keistimewaan yang ada pada B-Complex yang menjadikannya antara vitamin yang penting untuk kita ambil antaranya ialah:

1)Dapat menukarkan makanan kepada tenaga

  • B Complex dapat membantu proses penghadaman
  • Berupaya menukar lemak,karbohidrat dan protin kepada tenaga
  • Membantu mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan akibat aktiviti seharian kita

2)Dapat melawan tekanan

  • Dapat memastikan kesihatan fungsi saraf
  • Meredakan sakit kepala, tekanan,kemurungan dan imsomnia

3)Membantu dalam tumbesaran

  • Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak
  • Membantu dalam pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak serta tulang belakang

4)Baik Untuk Kesihatan Rambut

  • Dapat memperbaiki masalah kulit kepala,kelemumur,rambut gugur,rambut beruban serta mengekalkan kesihatan rambut anda

5)Amat Baik Untuk Kesihatan Mata

  • Dapat mengurangkan masalah keletihan mata,katarak
  • Meningkatkan kualiti penglihatan
  • Memperbaiki memori serta daya fokus anda

6)Dapat Membantu Mengurangkan Risiko Mendapat Anemia

  • Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat
  • Meningkatkan antibodi
  • Merangsang peredaran darah dalam badan
  • Membaiki kesihatan kardiovaskular
  • Dapat membantu mengatasi masalah anemia,sakit kepala,keletihan,kelesuan,migrain,muntah-muntah serta mabuk darat dan laut

7)Meredakan Kesakitan Akibat Senggugut Ketika Kedatangan Haid

  • Meredakan kesakitan akibat masalah senggugut (PMS)
  • Meredakan kerisauan dan keresahan
  • Mengatasi masalah penghadaman bagi anda yang mengambil ubat hormon dan ubat menahan sakit

8)Mengurangkan Risiko Mendapat Penyakit

  • Mengatasi masalah kerekahan mulut (mouth chilitis), jangkitan lidah
  • Menghindari masalah nafas berbau