Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Strok Haba

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Strok Haba

Strok Haba

Apa Itu Strok Haba?

 

Kita sedia maklum bahawa negara kita Malaysia akan mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setahun iaitu sepanjang bulan Mac dan September.

Pada ketika itu matahari akan berada tepat diatas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.

Disebabkan suhu yang terlalu panas inilah kita terdedah kepada strok haba atau ‘heat stroke’ iaitu suhu badan meningkat sehingga 40.5 darjah celsius berbanding suhu badan normal 37 darjah celsius.

Apabila badan terasa panas secara normalnya kita akan berpeluh sebagai satu proses penyejukan badan namun jika perpeluhan ini berterusan dan berpanjangan akan mengakibatkan badan kita kekurangan air atau terhidrasi, sawan, kekliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma malah boleh mengakibatkan kematian.

Strok haba ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak ketinggalan haiwan peliharaan kita.

Hipertermia adalah keadaan seseorang yang mengalami penyakit berkaitan dengan kepanasan.

 

Siapakah Yang Berisiko Untuk Mendapat Hipertermia?

  • Warga tua
  • Pesakit diabetes
  • Orang obesiti
  • Pesakit hipertiroidisme

 

Berwaspada Dengan Tanda-tanda Awal Strok Haba

 

Cuaca yang panas dan kering serta tidak menentu akhir-akhir ini boleh menyebabkan anda diserang strok haba. Suhu badan yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma seterusnya akan mengakibatkan kematian.

Antara tanda-tanda awal yang boleh diberi perhatian sebagai langkah berjaga-jaga ialah :

 

  • Suhu badan melebihi 40.5 darjah celsius berbanding suhu badan biasa manusia kira-kira 37 darjah celsius
  • Sakit kepala yang berdenyut-denyut
  • Terasa mual
  • Kurang berpeluh walaupun dalam keadaan suhu yang panas
  • Denyutan nadi yang pantas
  • Otot terasa lemah dan mengalami kekejangan
  • Muntah-muntah
  • Kulit kekeringan dan kemerahan
  • Diserang sawan serta pitam
  • Tangan dan kaki menjadi sejuk

 

Sekiranya Terjadi Strok Haba, Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

 

  • Rawatan hendaklah dilakukan setelah 45 minit mangsa diserang strok haba
  • Keutamaan rawatan adalah untuk menurunkan suhu badan mangsa
  • Mangsa hendaklah dibawa ke tempat yang teduh atau
  • Bawa mangsa ke bilik berhawa dingin/sejuk atau
  • Tempatkan mangsa di bawah kipas
  • Anggota badan mangsa hendaklah dilap dengan tuala basah atau
  • Rendam mangsa di dalam kolam air
  • Jangan berikan minuman kepada mangsa kecuali melalui ‘intravenous drip’ sahaja
  • Bawa mangsa ke klinik/ hospital berhampiran

 

Bagaimana Mahu Mengelakkan Diri Dari Terkena Strok Haba?

  • Elakkan beriadah di tempat terbuka dalam cuaca yang panas
  • Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari
  • Pakai pakaian yang dibuat daripada 100% kapas bagi penyejatan peluh yang maksimum
  • Pakai pakaian yang bewarna cerah berbanding warna gelap yang lebih cepat menyerap haba
  • Pakai topi yang diperbuat daripada kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  • Elakkan diri anda melakukan aktiviti di atas permukaan simen atau bitumen
  • Banyakkan melakukan aktiviti di dalam rumah

 

Apa Yang Shaklee Boleh Bantu Untuk Mengatasi Strok Haba Ini?

 

Di Shaklee ada beberapa produk yang boleh membantu kita bagi mengatasi masalah strok haba ini antaranya ialah:

  1. Basic-H – boleh digunakan untuk merendam badan mangsa atau lap menggunakan tuala basah yang dicelup ke dalam Basic-H yang telah dititiskan ke dalam air.
  2. Performance Drink – merupakan minuman penambah tenaga dan dapat menggantikan kekurangan air dalam badan

Jika anda berminat dengan kedua-dua produk Shaklee ini anda boleh hubungi saya untuk mendapatkannya hari ini.

 

Sumber Rujukan :

1.www.thevocket,com

2.Berita Harian

3.Astro Awani

Disclaimer :

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati @ mencegah sebarang penyakit

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge