Amalan Gaya Hidup Sihat Agar Badan Kekal Cergas dan Bertenaga

Gaya Hidup Sihat

Amalan Gaya Hidup Sihat Agar Badan Kekal Cergas dan Bertenaga

 

Dahulu, anak-anak kerap kali diserang demam panas, batuk-batuk yang berpanjangan dan selsema hinggakan ianya akan berakhir di hospital kerana anak-anak dah mula hilang selera makan dan minum. Makanya hospital adalah jalan terakhir kami bagi membantu merawat anak-anak yang dalam kesakitan. Penyakit apalah yang tak pernah singgah ke badan mereka akibat antibodi yang lemah dalam melawan penyakit. Rotavirus, sawan, HFMD, tonsil, adenoid akan menyerang dengan mudahnya tanpa mengira usia. Tanpa belas dan kasihan. Hospital bagaikan rumah kedua kami.

 

Alhamdulillah setelah menjadi pengguna Shaklee secara konsisten pada awal tahun 2015, kesihatan anak-anak menampakkan perubahan yang amat positif. Walaupun ketika kami menemui Shaklee, agak terlambat bagi penyakit tonsil dan adenoid Hanif, namun syukur pada Illahi kekerapan kami melawat hospital dapat dikurangkan. Pentingnya amalan gaya hidup sihat agar badan kekal cergas dan bertenaga.

 

Gaya hidup kami juga telah berubah. Bukan sahaja kami mengamalkan vitamin semulajadi Shaklee, kami juga belajar untuk makan makanan yang sihat dan seimbang. Kawal pengambilan gula dan garam demi kesihatan jangka panjang.Walaupun agak sukar lantaran kebiasaan kami kurang menjaga makanan yang kami ambil, sedikit demi sedikit kami cuba untuk mengamalkan makanan yang lebih sihat.

 

Bukan bab makanan sahaja yang kena jaga, bab senaman pun kena jaga juga. Anak-anak seperti biasa menghabiskan masa lapang mereka dengan berbasikal. Adakalanya kalau saya berkesempatan, saya akan bawa mereka ke Taman Hutan Bandar untuk beriadah di sana. Sesekali mengeluarkan penuh bersama-sama anak-anak seronok juga kan.Meluangkan masa bersama anak-anak sesekali apa salahnya.

 

Secara asasnya kita perlu mengambil vitamin untuk menampung mana-mana keperluan badan yang tidak mencukupi, mengamalkan cara pemakanan yang seimbang serta bersenam mengeluarkan peluh untuk lebih sihat. Bukan kata dah ambil vitamin, semuanya dah sempurna, tidak. Jom amalkan cara hidup yang lebih sihat.

Mahu Tahu Tentang Vitamin Semulajadi Shaklee?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge