Alergi dan Alahan

Alergi dan Alahan

Apa Itu Alergi dan Alahan?

Alergi dan Alahan

Alergi dan alahan bermaksud “tindak balas berubah”,iaitu tindak balas mekanisme pertahanan badan terhadap bahan-bahan yang biasanya tidak berbahaya.

Alergi dan alahan yang paling kerap berlaku antaranya ialah:

  • Rinitis alergi dan gatal mata (alergi konjuntivitis)
  • Asma
  • Ruam kulit yang gatal
  • Alergi makanan
  • Alergi terhadap sengatan tebuan dan lebah

Tindak balas alergi terhadap ubat dan dadah seperti antibiotik dan anestetik setempat jarang berlaku, namun kebanyakan pesakit asma dan rinitis alergi mendapati pengambilan aspirin dan dadah seumpanyanya akan menjadikan simptom bertambah teruk.

Kemungkinan anda mengalami rinitis, asma, dan ruam kulit(dermatitis) melalui pernafasan atau apabila anda menyentuh bahan kimia reaktif di tempat kerja.

Bukan itu sahaja, persekitaran pejabat juga boleh menyebabkan sindrom penyakit bangunan (sick building syndrome) yang mana ianya biasa berlaku di dalam bangunan yang berhawa dingin yang menggunakan lampu tiruan, permaidani tembok dan sistem tingkap tertutup.

Antara simptom yang dapat dikenalpasti terjadinya sick building syndrome ini ialah:

  • Kegatalan di bahagian mata
  • Kerongkong terasa kering
  • Badan menjadi lemah

Ada juga diantara kita yang mendapat simptom alergi dan alahan apabila berasa kurang sihat selepas menyentuh bahan kimia yang digunakan dalam kehidupan seharian kita seperti:

  • Serbuk pencuci
  • Bahan peluntur
  • Penyembur pembersih aerosol

Bagi mereka sukar untuk mewujudkan persekitaran yang bebas dari bahan-bahan tersebut. Bertukarlah kepada bahan yang bersifat semulajadi agar alergi atau alahan yang anda alami tidak menjadi semakin teruk.

 

Apakah Yang Menyebabkan Alergi dan Alahan Terjadi?

Ada beberapa faktor yang merupakan alergen paling umum. Kebiasaannya faktor-faktor ini bertindak sebagai pencetus alergi pada sesetengah individu.

1.Hama Rumah

  • Hama rumah, terutamanya bahan buangan (tinja) merupakan penyebab alergi yang paling umum, mempengaruhi lebih 90% daripada penghidap alergi.

2.Debunga Rumput

  • Debunga rumput menyebabkan tindak balas ke atas 70% penghidap alergi.
  • Kandungannya dalam udara akan meningkat jika lebih banyak tanah ladang dibiarkan tidak diragut.

3.Haiwan Peliharaan

  • Penyebab utama simptom alergi yang berikutnya adalah haiwan kesayangan.
  • 40% daripada pesakit asma kanak-kanak sangat sensitif kepada kucing dan anjing

4.Tumbuhan

  • Tumbuhan merupakan penyebab utama alergi

5.Kulat

  • Kulat boleh mencetuskan rinitis alergi pada musim luruh.
  • Spora dari kulat seperti Aspergillus fumigatus dan Alternaria biasanya terdapat dalam udara dan boleh menyebabkan serangan asma yang teruk.

6.Alergi Makanan

  • Susu, telur, ikan dan kacang tanah merupakan penyebab utama alergi makanan.
  • Pewarna dan bahan pengawet juga boleh mencetuskan serangan alergi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge