Ada apa dengan Shaklee

Ada Apa Dengan Shaklee?

Assalamualaikum w.b.t

Moga hari ini lebih baik dari hari semalam, begitu juga dengan amalan kita moga lebih bertambah berbanding hari semalam.

 

Cerita bermula apabila saya pulang bercuti di kampung akhir tahun lepas, bagaimana saya mula serius untuk berjuang mengembangkan biznes Shaklee yang saya ceburi pada hari ini.

 

Abah : Arah buat apa ni, tidur sampai jauh malam? Siang malam
nampak Arah buat kerja ni.

Mak : Yelah Arah, buat apa? Cuti-cuti macam ni pun ada kerja
sekolah ke?

Saya : Tak lah Mak, Abah…
Tengah belajar nak buat biznes Shaklee ni, tengah buat
survey jugak tentang kebaikan Shaklee
ni untuk mak yang ada kolesterol dan abah yang ada
penyakit gout tu. Mana tahu boleh
kurangkan kesakitan gout abah tu.

Abah : Shaklee tu apa?

Saya : Vitamin Bah..

Abah : Tak payahlah nak beli-beli vitamin lagi, tak termakan dah
abah ni. Vitamin yang Arah beli hari
tu pun ada lagi. Tak makan pun. Banyak sangat ubat
yang nak di makan.

Mak : Yelah Arah, tak payah lah nak bazir-bazir duit beli macam-
macam ubat.

Saya : Ni bukan ubat mak, abah…
Ni, vitamin jer. Boleh tampung mana-mana kekurangan
vitamin dalam badan kita.

Takpe mak biar mahal asal mak dan abah sihat. Mak,
abah doakan Arah berjaya , in shaa Allah
Arah belikan mak abah tiap-tiap bulan Vivix yang
mahal tu.

Rasanya pun sedap, rasa anggur.
Tak payah nak telan-telan vitamin lagi. Minum je. Tak
banyak pun sesudu kecil dah cukup.

Mak : Aamiin
Abah : Aamiin

Hati anak mana yang tak sedih bila mak dan ayah telah berumur, selalu pula sakit-sakit. Sejak kenal Shaklee, azam saya untuk cari vitamin yang sesuai untuk mak dan abah.

Alhamdulillah merekalah customer saya yang pertama, yang menyebabkan saya berazam untuk meneruskan biznes Shaklee ini. Sukar namun tiada yang mustahil. RizQi milik Allah.

Doakan saya dapat memberikan mereka yang terbaik. Kerana, kita tidak tahu siapa yang akan pergi dahulu. Samada saya ataupun mak dan abah. Sehingga saat itu, moga saya dapat berikan yang terbaik untuk mereka berdua.

Doakan juga sahabat saya, Nur Haryani Mohd Zini, yang mana suaminya juga diserang strok baru-baru ini. Yani, merupakan customer Vivix saya yang ke-2. Alhamdulillah, nampak perubahan yang positif pada suaminya.

Moga Allah permudahkan segala urusan sahabat saya & keluarganya. In shaa Allah, saya akan terus menggali ilmu kesihatan demi membantu keluarga, sahabat & anda di luar sana.

Terima kasih Nur Haryani Mohd Zini kerana mempercayai Shaklee sebagai salah satu alternatif untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Kerana sahabat saya ini jugalah, saya masih di dalam biznes Shaklee ini.

Tiada yang mustahil untuk menggapai impian.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan lanjut:

 

http://www.wasap.my/60102321261

http://www.wasap.my/60102321261

http://www.wasap.my/60102321261

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge