8 Tip Makan Secara Sihat2

8 Tip Makan Secara Sihat

Amal Cara Hidup Sihat

Dapatkan Berat Badan Ideal

 

Nak dapatkan berat badan yang ideal dan sihat perlulah makan secara sihat dan ia bukanlah suatu perkara yang sukar jika kita berkehendak malah kita tidak perlu bersusah-payah mencari formula ajaib untuk tujuan ini.

Kita hanya perlu mengamalkan pengambilan sajian yang seimbang dan konsisten dalam melakukan aktiviti senaman.Mudah bukan? Sebenarnya, ia bukanlah suatu perkara yang mudah namun bukanlah suatu yang mustahil bagi kita untuk mendapatkan berat yang ideal asalkan kita berkehendak.

Berat badan yang berlebihan  atau obesiti bakal menyumbang kepada lebih banyak masalah seperti:

  • Masalah kardiovaskular
  • Kanser
  • Diabetes

Panduan Diet Malaysia menyarankan agar pengambilan tenaga harian sebanyak:

  • 2000 hingga 2500 kkal (kilo kalori) untuk lelaki dewasa
  • 1500 hingga 2000 kkal untuk wanita dewasa

Bendahari Kehormat Persatuan Pemakanan Malaysia ,Prof Madya Dr Zaitun Yassin, berkata kerap melakukan aktiviti fizikal dan mengamalkan tip pemakanan yang sihat dapat membantu kita untuk memulakan kehidupan yang lebih sihat.

 

8 Tip Makan Secara Sihat

 

1.Pemakanan Seimbang

  • Diet harian terdiri daripada lima kumpulan makanan iaitu bijirin, produk bijirin atau ubi dan buah-buahan.
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran,  makanan kaya protein, susu dan produk tenusu.

2.Awasi Saiz Hidangan

  • Jumlah makanan sama penting dengan apa yang anda makan.
  • Bilangan sajian daripada setiap kumpulan yang disarankan untuk diambil setiap hari adalah seperti berikut:

Pengambilan 2,000 kkal sehari merangkumi:

  • Bijirin ( 6 sajian dan 2 keping roti / 1 cawan beras perang / nasi putih )
  • Buah-buahan ( 2 sajian 1 biji epal / sepotong betik )
  • Sayur-sayuran ( 3 sajian setengah cawan sayuran berdaun hijau yang dimasak / setengah cawan sayuran yang dimasak / 1 cawan ulam-ulaman )
  • Daging/ayam/telur ( 1 sajian 1 ketul ayam(paha), 2 biji telur ayam / 2 ketul daging lembu tanpa lemak.
  • Ikan (1 sajian seekor ikan kembung, sepotong ikan tenggiri/secawan ikan bilis(dibuang kepala).
  • Kekacang ( 1 sajian 1 cawan kacang kuda/dhal / 2 keping tauhu)
  • Susu dan produk tenusu ( 2 sajian 1 gelas susu rendah lemak,1 cawan yogurt /sekeping keju)

3.Kurangkan Makanan Berlemak

  • Pilih makanan yang dimasak secara sihat iaitu secara memanggang, mengukus, mereneh, membakar dan merebus.
  • Pendek kata makanlah makanan yang dikukus ,panggang dan rebus rebus adalh lebih baik dari di goreng.

4.Kurangkan Pengambilan Makanan dan Minuman Bergula

  • Gula daripada makanan dan minuman merupakan kalori yang tidak perlu.
  • Berhati-hatilah dengan gula yang tersembunyi dalam makanan seperti kuih-muih, kek serta manisan pencuci mulut.
  • Ambillah buah-buahan sebagai pengganti manisan selepas sajian utama.

5.Diet Kaya Serat

  • Diet ini dapat memberikan rasa kenyang untuk tempoh masa yang agak lama dan dapt membantu mengelakkan daripada terlebih makan untuk satu hidangan dan kurang makan sepanjang hari.
  • Kekacang seperti kacang pis,dhal dan kacang merupakan sumber terbaik bagi serat diet.
  • Sumber serat lain ialah daripada bijirin penuh seperti beras perang, oat, jagung, roti bijirin penuh dan bijirin.
  • Beras perang mengandungi lapan kali lebih banyak serat daripada beras putih.

6.Patuhi Masa Makan

  • Pastikan anda memulakan hari anda dengan bersarapan pagi terlebih dahulu, diikuti makan tengahari dan makan malam mengikut masa yang telah ditetapkan.
  • Elakkan pengambilan makanan lewat malam atau makanan ringan di restoran 24 jam.

7.Rancang Hidangan

  • Rancang sajian anda secara seimbang.
  • JIka anda mengambil makanan berat pada waktu makan tengahari, pastikan anda mengurangkan pengambilan makan malam yang berat juga seperti nasi.

8.Analisis Maklumat Nutrien Pada Label Makanan

  • Perhatikan jumlah kalori, lemak, karbohidrat, protein dan nutrien pada bahagian maklumat nutrien pada bungkusan makanan yang anda ambil.
  • Rujuk bahagian maklumat nutrien pada setiap bungkusan makanan.
  • Elakkan membeli produk berdasarkan kandungan satu nutrien sahaja.

 

Pastikan Anda Bersenam

  • Pastikan anda melakukan aktiviti rutin mengeluarkan peluh setiap hari diantara 20 hingga 30 minit.
  • Tak perlu bersusah payah untuk ke gym, anda boleh lakukan senaman di rumah dengan bantuan Mr.Google.

Pengambilan Vitamin

  • Pengambilan vitamin dapat membantu anda untuk mencukupkan keperluan di mana-mana bahagian badan anda yang kekurangan vitamin.
  • Pilih vitamin yang benar-benar dapat membantu anda bukan sahaja membekalkan tenaga untuk sepanjang hari malah dapat mengekalkan kesihatan anda.
  • Bulan April sehingga Jun ini, Vitamin Semulajadi Shaklee menawarkan DAILY ESSENTIAL WELCOME SET khas untuk anda yang belum pernah menjadi ahli Shaklee.
  • Set ini menawarkan beberapa vitamin bagi mengekalkan kesihatan dan memberikan kecergasan yang berpanjangan kepada anda.

Sekiranya anda berminat, hubungi saya untuk maklumat lanjut dan dapatkan KONSULTANSI secara PERCUMA dari saya bagi membantu anda memilih set vitamin kesihatan anda hari ini.

 

Rujukan : Harian Metro( Jumaat, 9 November 2018)

DAILY ESSENTIAL WELCOME SET

Disclaimer :

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati @ mencegah sebarang penyakit

Farah Wahida bt Omar

Trusted Shaklee Independent Distributor : ID : 1209756

Shaklee Products & Consultation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge