7 makanan punca jerawat9

7 Makanan Punca Jerawat

7 Makanan Punca Jerawat

7 Makanan yang Menjadi Punca Jerawat

 

Arghhh…

Tensennya bila jerawat mula naik. Mula la tangan ni gatal nak mengutil si jerawat batu ni. Lepas tu mulalah berdarah, bengkak, peh… puas hati rasa.

Tapi kan…

Sakitnyer…

Apasal la pula si jerawat ni suka betul bertandang kat pipi ni. Agaknya ada yang Farah silap makan ni. Hari ni saya nak kongsingan 7 jenis makanan punca jerawat yang perlu anda hindari untuk memastikan si jerawat nakal ni tak bertandang lagi kat pipi kita yang comel ni.

1.Produk Tenusu

Ada sesetengah produk tenusu yang terdapat di pasaran mengandungi suntikan hormon oleh penternak bagi menggalakkan pengeluaran susu.

Hormon inilah yang memberi kesan kepada kulit kita terutamanya di bahagian wajah.

2.Pengambilan Garam Yang Berlebihan

Pengambilan garam dalam makanan kita menjadi punca kulit menjadi kering, bukan itu sahaja ia juga mampu menjadikan badan kita kehilangan banyak air.

Apabila kulit menjadi kering secara tidak langsung minyak akan dikeluarkan bagi melembabkan kulit dan akhirnya akan mengakibatkan jerawat tumbuh tanpa diundang.

3.Makan Makanan Yang Bergoreng

Pengambilan makan yang bergoreng dan berminyak juga antara penyebab timbulnya jerawat. Adalah lebih baik makanan berminyak ini dielakkan. Paling tidak pun ambil dalam kuantiti yang sedikit. Paling baik ambillah makanan yang direbus dan dikukus. Bukan sahaja ianya baik untuk kesihatan tubuh badan anda, ia juga sangat baik untuk kulit muka anda.

4.Pengambilan Minuman Beralkohol

Bagi kita yang muslim ni sudah tentulah kita akan hindari minuman beralkohol ni. Bagi mereka yang non-muslim hindari munuman beralkohol yang bakal menyebabkan jerawat anda naik mencanak-canak.

Minuman beralkohol juga dapat menyebabkan dehidrasi yang akan mengakibatkan kulit menjadi kering.

5.Pengambilan Kuning Telur Dalam Menu Harian

Pengambilan kuning telur dalam menu harian anda juga dapat mempercepatkan pertumbuhan jerawat disebabkan kandungan lemak yang tinggi dalam kuning telur.

Oleh itu elakkan pengambilan kuning telur, ambillah putih telur sahaja demi kesihatan kulit anda.

6.Makanan Segera Yang Diminati Ramai

Makanan segera sangat diminati ramai.Mudah, cepat dan pantas. Namun anda perlu tahu bahawa makanan segera tidak elok bukan sahaja untuk kesihatan kulit anda malah untuk kesihatan diri anda juga.

Kita sedia maklum bahawa makanan segera mengandungi kandungan garam yang tinggi begitu juga bahan perasa tambahan dan bahan pengawet bagi meningkatkan tahap kelazatan makanan tersebut.

7.Makanan Laut

Udang,ketam, sotong memang enak dimakan, namun disebalik kelazatan rasanya ia juga dapat mengakibatkan kemunculan jerawat.

Kandungan iodium dalam makanan laut dapat mengakibatkan iritasi pada folikel rambut dan kelenjar sebaceous (sebaceous gland).

Apabila makanan laut diambil secara berlebihan, pengeluaran minyak di wajah akan berlebihan seterusnya akan menyebabkan kemunculan jerawat yang tak diundang.

Tahukah Anda?

Tahukah Anda?

Bagaimana caranya untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat, cantik dan berseri? Hubungi saya untuk konsultansi secara PERCUMA bagaimana mengatasi masalah kulit berjerawat dengan vitamin semulajadi SHAKLEE.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge